Mana taknya, sebelah saya, ini merupakan cucu pertama, dan sebelah suami pulak Muammar merupakan cucu kedua. So memang bilangan cucu belum banyak buat masa tu.
Sepanjang pregnant, saya memang takde plan apa-apa untuk berpantang apa semua. Saya akan mula bertindak kalau dapat arahan daripada mama, mak, mak sedara dan sepupu perempuan.
Contohnya, bila nak mula beli baju baby, apa yang boleh dan tak boleh buat ketika pregnant, dan macam-macam lagi lah. Ye lah kan, kita yang pertama kali memang kurang ilmu. Tambah-tambah lagi masa tu terkejut dapat tahu berita kehamilan ini. Almaklum, orang kata ni bunting pelamin.
Untuk pengetahuan pembaca semua, keluarga saya memang banyak pantang larangnya. Tetapi saya percaya, pantang larang tersebut untuk menjaga kita daripada perkara yang tidak diingini.
Masa pregnant tu, saya tidak fikirkan apa-apa untuk penjagaan masa berpantang. Yang selebihnya membuat saya risau adalah, siapa nak jaga baby lepas saya turun kerja. Hahahaha.
See, ibu muda seperti saya ketika itu, memang tidak cukup ilmu penjagaan ketika berpantang. Yang saya tahu, ibu berpantang perlu pakai bengkung dan stoking sahaja. Sebab saya pernah melihat ibu saya berpantang ketika beliau melahirkan adik bongsu saya, dan saya ketika itu berumur 17 tahun.
So akhirnya, ketika berpantang, saya memang dijaga oleh mak anjang, iaitu kakak kepada mama saya. Beliau juga yang menjaga mama saya ketika berpantang kelahiran adik saya yang ke 4 dan 5.
Ketika mak anjang jaga, beliau lah yang memasak, mandikan baby, pakaikan bengkung dan urut gosok-gosok. Kadang-kanang, beliau lah yang membasuh baju bayi. Beliau tidak tahu untuk mengurut secara tradisional, so beliau tidak akan mengurut secara tradisional dan sengkak. Sepanjang saya berpantang pun, saya takde bertangas dan bertungku, cuma ada mandian herba jer, itupun dah nak habis pantang baru mandi herba. So, untuk urutan tradisional dan sengkak, kami panggil orang lain yang lebih berpengalaman, iaitu mak bidan.
Ok, pasti ada yang tertanya kenapa dalam masa saya berpantang mak anjang yang jaga, bukan mama mahupun mak?
Ini kerana kedua-dua mama and mak mertua saya bekerja. Kalau nak dikira, memang kurang masa mereka semasa saya berpantang.
Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya ketika berpantang setelah melahirkan Muammar, 4 tahun yang lalu.
So, sekarang dah tahun 2018, jika saya pregnant lagi, macam mana dengan persediaan penjagaan semasa berpantang.
Kemungkinan, kelahiran anak kedua nanti (inshaAllah, doakan saya hamil 😊) pengalaman dan suasana yang berbeza. Mak anjang pun sekarang dah tak berapa sihat. Mama saya pulak masih bekerja. Jika nak berpantang di rumah mama, saya terpaksa tinggalkan rumah. Tinggalkan Muammar dengan si ayah. Dalam masa yang sama, kita perlukan orang tua untuk menjaga kita dengan sempurna. So, banyak benda yang perlu difikirkan.
Mungkin masa nilah servis confinement lady sangat diperlukan. CL mempunyai servis yang hampir lengkap bagi keperluan setiap ibu berpantang dan bayi baru lahir. Servis CL yang selalu ditawarkan adalah seperti :
1. Memasak makanan berpantang
2. Mandi dan penjagaan bayi
3. Bertangas dan bertungku
4. Madian herba
5. Urutan tradisional
6. Urutan sengkak
So, servis CL ni boleh dikira sebagai all-in-one.
Selain itu, servis CL yang saya pernah dengar juga adalah menyediakan minuman untuk menambahkan susu dan melakukan urutan yang betul untuk melancarkan pengeluaran susu badan.
Servis CL sekarang ni makin mendapat permintaan. Tetapi bilangan CL yang bertauliah tidaklah ramai. "Supply less than demand". Sebab itulah, TWB ingin mengatasi masalah ini dengan bakal melancarkan Pakej Rawatan Selepas Berpantang TWB.
So, antara confinement lady vs jagaan mak, mana yang you all pilih?
Bukan nak kata jagaan mak tak bagus, tapi biarlah mak kita berehat dan bergembira atas kehadiran cucu baru.
JIKA ANDA HAMIL, DAN MECARI CONFINEMENT LADY
PILIHLAK CL DARI KALANGAN TWB.
NAK TAHU SIAPA? HUBUNGI
FIFIE - 013 5703137
No comments:
Post a Comment