Tuesday 25 July 2017

SET VITAMIN HAJI DAN UMRAH

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Apa khabar pembaca blog syafifiesyafiza sekalian.

Didoakan setiap yang membaca blog ini, sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sempurna untuk menjalankan tugasan harian.


Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.

InsyaAllah.

Tidak lama lagi, ramailah tetamu Allah akan berkumpul di satu tempat.

Pelbagai bangsa.
Pelbagai negara.
Pelbagai latarbelakang.
Pelbagai usia.

Cuma satu yang sama.
Disatukan dalam ISLAM.


Mama dan bapa saya pun antara yang tersenarai menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

*Gambar semasa mengkuti kursus haji perdana*




Pada tahun ini, jemaah haji Malaysia, akan berkampung di tanah Arab selama 52 hari.

Wowww... Lebih lama daripada tahun-tahun sebelum ini.

Semestinya, setiap jemaah haji berazam hendak melakukan ibadah dengan sempurna sepanjang berada di sana.

Pastinya, banyak bekalan ubat-ubatan yang dibawa.

Juga, pastinya, banyak bekalan vitamin untuk penjagaa kesihatan sepanjang mereka berada di sana.

Untuk mama dan bapa, semestinya saya akan bekalkan mereka vitamin Shaklee.

Jom kita lihat, vitamin apa yang bakal dibawa mereka berdua.

1. BCOMPLEX

Jemaah haji sudah pastinya memerlukan tenaga yang lebih dalam melakukan ibadah yang tidak putus-putus. Mereka pastinya menginginkan badan yang sentiasa bertenaga tidak kira dalam apa keadaan sekalipun.

BComplex Shaklee membantu tubuh untuk menjana tenaga. Ia juga membantu membekalkan vitamin B yang lengkap dalam kuantiti seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh badan.

2. VITAMIN C

Perubahan cuaca dalam bilik yang berhawa dingin dan persekitaran luar yang panas, akan menyebabkan para jemaah haji akan mudah dijangkiti demam dan selesema.

Vitamin C adalah baik bagi mengelakkan serangan radikal bebas dan kuman pembawa penyakit dari persekitaran. Ia juga membantu menguatkan sistem tubuh badan daripada terkena serangan penyakit.

3. VITALEA

Selain daripada BComplex, Vitalea juga membantu untuk membekalkan tenaga kepada tubuh dengan kadar yang segera.

Ia merupakan multivitamin yang lengkap dengan 28 mineral yang diperlukan oleh oleh tubuh badan manusia setiap hari, yang sukar diperoleh dari pemakanan harian.

Vitamin ini juga menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh, sera membantu menguatkan tulang dan sistem imunisasi badan.

4. NUTRIFERON

Nutriferon Shaklee merupakan satu formula eksklusif bagi menggalakkan penghasilan interferon semulajadi tubuh.

Interferon ini adalah salah satu elemen dalam badan manusia yang merangsang dan meningkatkan sistem imun.

Ia umpama alarm dalam sistem tubuh untuk membunuh kuman yang merebak dalam tubuh badan manusia.

Jadi, nutriferon sangat penting untuk dibawa oleh para jemaah bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh mereka atas faktor perubahan cuaca yang mendadak.

5. OSTEMATRIX

Kaki adalah antara anggota tubuh badan manusia yang akan memainkan peranan yang sangat penting untuk bakal jemaah haji. Ini adalah kerana , mereka akan melalui pergerakan yang banyak melalui ibadah tawaf, saie, perjalanan dari hotel ke masjid dan sebagainya.

Maka, Ostematrix sangat diperlukan yang juga merupakan makanan bagi kaki. Setiap jemaah haji memerlukan kesihatan yang baik untuk beribadah.

Vitamin ini membantu melegakan lenguh dan sakit badan. Ia juga dapat memberikan tidur yang berkualiti agar apabila bangun pada keesokan harinya, badan akan menjadi segar dan bertenaga. Jadi, tiada masalah untuk meneruskan ibadah yang sempurna.

6. OMEGA GUARD

Kebanyakan jemaah haji adalah mereka yang dah lanjut usia. Mereka mungkin mengalami masalah sering dihadapi adalah sakit lutut dan sendi.

Ini akan membataskan pergerakan jemaah haji yang perlu banyak bergerak untuk tawaf, saie dan sebagainya.

Omega guard yang bersifat antiradang akan membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi. Ia turut berfungsi bagi melambatkan degradasi tulang rawan.


Semoga, dengan bekalan vitamin-vitamin ini.

Didoakan agar kedua-dua mama dan bapa.

Sentiasa diberi kesihatan yang baik
Sentiasa diberi kekuatan.
Sentiasa dipermudahkan segala urusan mereka di sana.


Tidak lupa jugak kepada bakal-bakal haji seluruh dunia.

Semoga mendapat haji yang mabrur.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...