Tuesday, 17 February 2015

4 TIPS MUDAH TENANGKAN BAYI KETIKA DALAM PENERBANGAN

Assalamualaikum... Salam sejahtera... 

Salam 1 Malaysia... Buat pembaca setia blog.

Anda semua apa khabar?

Saya doakan anda sentiasa sihat di bawah lembayung keberkatan daripada Allah SWT.


Minggu lepas saya baru sahaja balik dari Kuala Lumpur menghadiri Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dengan Dr. Azizan Osman.

Saya menghadiri seminar tersebut bersama-sama suami.

Tetapi, disebalik itu, anak comel saya Muammar Riza dijaga oleh Nek Ki dan Nek Mama nya, serta Udak Syafiqa, dan Usu Shafiq.


Maksud tersirat di sini adalah, mereka pun terbang ke KL bersama-sama kami suami isteri.

Antara aktiviti-aktiviti menarik mereka di sana




Disini, bukan lah saya ingin menceritakan perihal IMKK dan keadaan family saya di sana.

Cuma hari ini, saya ingin berkongsikan tips untuk tenangkan bayi ketika di dalam flight.

Kita amat digalakkan untuk meyusukan si comel sepanjang dalam penerbangan, terutamanya ketika kapal terbang berlepas mahupun mendarat. Kerana, pada waktu ini, perubahan tekanan udara adalah sangat ketara. Pesanan ini juga turut disuarakan oleh mak cik dan mama saya sendiri, ketika Ammar hendak menaiki flight pertama nya dahulu.

Sedangkan kita yang dewasa ini, kadang-kadang sakit telinga disebabkan perubahan tersebut, apatah lagi si comel, yang lebih sensitif daripada orang dewasa. Dan kita digalakkan untuk mengunyah, supaya dapat mengatasi perubahan tekanan udara di gegendang telinga.

Muammar tidak lah meragam atau menangis ketika masuk kapal terbang. Tetapi, apabila kapal terbang ingin berlepas, ketika saya telah merasa degungan di telinga sendiri, saya dapati Muammar mulai gelisah dan tidak selesa.

Jadi, saya terus menyusukan Muammar. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, dia lebih tenang dan tidur sepanjang perjalanan.


Kebaikan penyusuan dalam penerbangan :

1. Membantu menenangkan bayi sepanjang perjalanan.
2. Bayi kita lebih mudah diuruskan.
3. Mengelakkan bayi merasai kesakitan pada telinga akibat perubahan tekanan udara.
4. Mengelakkan bayi meragam dan tidak selesa.
5. Memudahkan ibu-ibu menidurkan bayi ketika dalam perjalanan.


Beberapa tips untuk menyusukan dalam kapal terbang : 

1. Pilih tempat duduk yang sesuai semasa pembelian tiket. Sebaiknya, ambil tempat duduk yang boleh menyebabkan ibu selesa untuk bergerak.
2. Pakai baju menyusu atau pakaian yang mesra penyusuan, longgar dan selesa untuk memudahkan penyusuan.
3. Bawa bersama selendang atau menggunakan tudung labuh bagi memelihara aurat sepanjang penyusuan.
4. Susukan si comel anda semasa pesawat ingin berlepas dan mendarat kerana pada waktu ini mungkin bayi berasa kurang selesa.


Tips untuk dewasa dan kanak-kanak yang melebihi 2 tahun :

Pada penerbangan yang lalu, kedua-dua adik saya, Syafiqa dan Shafiq mengalami sakit telinga akibat tidak biasa dengan perubahan udara.

Oleh itu, tips ini telah digunakan mereka, dan boleh digunakan kita sebagai orang dewasa.

1. Kita hendaklah sentiasa mengunyah, makan, atau minum air semasa penerbangan. Ini adalah bertujuan membenarkan pergerakan udara di ruang telinga.
2. Kita hendaklah kerapkan menguap.
3. Elakkan diri tidur semasa pesawat hendak berlepas mahupun mendarat.


Tips tambahan sekiranya bayi anda tidak mahu menyusu :

1. Bawa bersama soft toys atau toys , mahupun bantal dan selimut busuk kegemaran anak-anak.
2. Ibu perlu tenang dalam apa-apa pun situasi, dan mesti mempunyai kehamiran menyanyi lagu-lagu nursery rhymes kegemaran anak-anak. Bagi saya, zikir adalah solusi terbaik.
3. Jika bayi masih meragam atau menangis, bawalah bayi dekat di dalam dakapan anda. Bayi akan berasa lebih selesa dan selamat.


Jadi, ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana, tidak perlu lagi risau untuk membawa si bayi comel menaiki kapal terbang. Ibu-ibu juga tidak perlu risau untuk menyusukan bayi anda dalam pesawat. Kebanyakan syarikat penerbangan adalah mesra penyusuan.

Yang paling penting, ibu hendaklah yakin dan sentiasa tenang. Sebab, bayi boleh merasa keresahan dan perasaan kita. Ini akan mengakibatkan bayi berasa kurang tenang juga.

*******************

Kat Bawah di saya belanja sikit gambar Muammar with Nenek, Udak, Usu berjumpa dengan sepupu di KL serta gambar kami suami isteri di IMKK



              


Ammar first time jumpa abang Aryan









Sangat mudah tenangkan Ammar dalam pesawat. Alhamdulillah
 
Sekiranya entry kali ini bermanfaat buat anda dan rakan-rakan, sila klik butang LIKE dan SHARE di bawah.



ANDA SEORANG YANG MEMENTINGKAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN?
INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN SEBANYAK 4 - 5 ANGKA SEBULAN?
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Siti Nur-Syafiza binti Ahmad Saifi
Shaklee ID : 1081875
syafifiesyafiza@gmail.com

013 - 570 3137 (Call, SMS, WhatsApp, WeChat, Telegram)



Monday, 12 January 2015

NUTRISI LENGKAP UNTUK SI IBU DAN BAYI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Syafifie Syafiza.

Saya doakan anda semua sihat hendaknya. Dan dirahmati dan dilindungi Allah setiap masa dalam setiap perlakuan anda.
Juga semoga anda mendapat manfaat dari setiap apa yang saya kongsikan dalam entry kali ini.
Seperti semua maklum, saya baru sahaja mempunyai seorang anak.


Dan sehingga hari ini, masih lagi saya menyusukan beliau dengan susu badan sahaja tanpa campuran susu formula atau susu lembu.

Walaupun sudah hampir 2 bulan saya kembali bekerja, saya tidak gagal untuk membekalkan susu yang terbaik itu buat si manja saya.
Saya sangat berusaha untuk mengikuti perintah Allah yang satu ini.  
Jemput baca Kisah Susu Ibu dalam Al-Quran.


Setelah saya dikurniakan menjadi seorang ibu ni, saya "interview" ibu-ibu di sekeliling mengenai anak-anak mereka; samada menyusu badan atau dah diberinya susu formula.

Rata-rata mereka telah mencampurkan susu formula.
Dan ada juga yang telah putus susu badan walaupun anak mereka belum lagi berusia 6 bulan.

Allahuakbar... Terkilan saya mendengarnya.

Antara punca penyebab mereka melakukan demikian adalah seperti ;
"Susu badan terlalu sikit, baby tak puas menyusu."

"Siang saya bekerja, balik petang dah letih."

"Lecehlah nak mengepam."

"Baby tak mahu menghisap susu badan."

"Susahlah nak tinggalkan kat orang lain."

"Malaslah nak uruskan stok susu."

Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.

So setiap yang berlaku pasti dapat diselesaikan, selagi kita cuba untuk menurut perintah Allah SWT.

+ Jika alasan anda, susu badan terlalu sedikit, ataupun anda merasa letih setelah balik daripada kerja,.
Semua alasan tersebut dapat diselesaikan.

Pelbagai makanan tambahan yang boleh didapati secara tradisional semulajadi mahupun dijual di farrmasi untuk menyelesaikan masalah tersebut.


+ Sekiranya anda bagi alasan, baby tak menghisap susu.

Itu tidak bermakna anda terus menyerah kalah.

Sekarang teknologi pun dah canggih.
Anda boleh jer search di Google ataupun Youtube.

Dalam tu pasti ada pelbagai cara-cara yang betul bagi menyusukan bayi.


+ Jika alasan anda malas dan leceh menguruskan susu bayi,

Penyelesaiannya, tepuk dada tanya iman.

Adakah anda telah mengiku perintah Allah SWT?

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Mengikut pengalaman saya sepanjang menyusukan baby Ammar, masalah keletihan dan kurang susu pada awalnya memang tidak dapat dinafikan.

Set Menyusu Shaklee banyak membantu saya sepanjang tempoh penyusuan ini.



1. Vita-Lea
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Ia sangat diperlukan untuk memastikan tubuh menyerap semua zat dan vitamin penting untuk kesihatan optimum dan mengembalikan kecergasan ibu setelah bersalin.

2. B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh demi menjadikan tubuh lebih bertenaga, ibu lebih fokus, emosi stabil dan membantu menjadikan wajah lebih berseri B-Complex merupakan vitamin anti-stress, terutama bagi ibu yang kurang tidur. jadi, bila tiada stress, penghasilan susu yang berkualiti menjadi lebih baik.

3. Vitamin-C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi ibu dan bayi, serta menjadikan kulit lebih cantik.

4. Zinc Complex
Membantu mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin. Ia juga membantu untuk mempercepatkan penyembuhan luka setelah bersalin.

5. Alfalfa
Raja segala tumbuhan ini merupaka milk booster bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ia turut membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium. ia turut mempercepatkan penghasilan susu ibu.

6. Energising Soy Protein (ESP)
Dalam susu ibu, komposisi utama yang wujud adalah protein. Dengan ESP dapat membantu memekatkan susu, dan bayi akan lebih cepat kenyang. ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu.

Selain itu, ESP membantu ibu memperoleh kesan yang optimun untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi licin, gebu dan anjal.

7. Ostematrix (Kalsium & Magnesium)
Selepas protein, kalsium merupakan komposisi utama dalam tubuh manusia. Kalsium penting untuk penghasilan darah, membina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh badan kita. Kalsium juga membantu mengatasi masalah susu merudum ketika haid dan membantu mengurangkan sakit tulang dan belakang.

Semua kalsium dalam badan ibu disalurkan kepada bayi. Sekiranya ibu mengalami kekurangan kalsium, ini akan menyebabkan ibu midah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang dan gigi luruh.

8. OmegaGuard (EPA dan DHA)
 DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutaman pada otak. Ianya sangat penting dalam perkembangan otak bayi.

Badan bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, selain mendapat DHA daripada susu ibu. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Pakar mencadangkan Omega 3 perlu diambil kepada ibu-ibu yang mengandung dan menyusu. Ini adalah kerana, untuk menambah dan mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Omega 3 juga membantu bagi pembakaran lemak agar ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin.

* Sekiranya, semasa hamil anda telahpun menggunakan Set Kehamilan Shaklee, anda juga menggunakan vitamin-vitamin yang sama dalam Set Menyusu Shaklee. Ini bermakna, telah berlaku penjimatan di situ, sekiranya, terdapat lebihan dalam Set Kehamilan anda.

Pengambilan makanan dengan nutrisi yang lengkap bagi setiap IBU adalah sangat penting.

Jagalah kesihatan diri anda terlebih dahulu agar anda dapat menjaga keluarga anda dengen lebih sempurna.

InsyaAllah.

ANDA SEORANG YANG MEMENTINGKAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN?
INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN SEBANYAK 4 - 5 ANGKA SEBULAN?
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Siti Nur-Syafiza binti Ahmad Saifi
Shaklee ID : 1081875
syafifiesyafiza@gmail.com
013 - 570 3137 (Call, SMS, WhatsApp, WeChat, Telegram)



Wednesday, 31 December 2014

KISAH SUSU IBU DALAM AL-QURAN

Assalamualaikum semua pembaca blog.

Saya doakan anda sentiasa mendapat limpahan rahmat daripada Allah SWT.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2014

Banyak kenangan suka duka yang dilalui sepanjang tahun ini.

Dan kenangan manis yang tidak akan dilupakan pada tahun ini, saya naik "pangkat".

Saya menjadi seorang IBU.

Hari ini genap juga, anak saya berumur 107 hari.


Memperkenalkan anak sulong pertama saya Muammar Riza bin Masri. Lahir pada 15 September 2014.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
 
Seorang demi seorang rakan-rakan dan keluarga terkejut melihat perkembangan yang pesat Muammar.

Soalan wajib pertama mereka adalah,
"Menyusu sendiri ke dah campur? Kembang sangat ni."

Semestinya saya tersenyum, dan dengan yakin nya saya menjawab saya hanya memberi susu ibu.

Mereka juga memberi cadangan supaya saya mulai mencampurkan susu formula dan susu ibu kepada Muammar.

Tetapi, saya bertekad untuk memberikan susu ibu sepenuhnya buat Ammar.

Dan Alhamdulillah, selama umur Ammar 107 hari ni, memang menyusu badan lah gamak nya.


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆


Kenapa saya beriya-iya memberikan susu ibu kepada Ammar?

Sejujurnya, apa yang saya faham sebelum ini cuma, "Beri susu Ibu 2 tahun, ikut perintah Allah".


Dan, setelah diteliti melalui pembacaan sepanjang kehamilan, rupanya, perintah bagi penyusuan ibu ini sangat tegas dalam Al-Quran.


"PARA IBU hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 TAHUN PENUH , iaitu bagi orang yang MENYEMPURNAKAN penyusuan itu..."
-Surah Al-Baqarah, ayat 233-

 Ayat tersebut jelas merupakan PERINTAH dan SURUHAN.


Terang lagi jelas, ayat tersebut memberi maksud penyusuan ibu merupakan PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan anak-anaknya selama 2 TAHUN PENUH, iaitu tempoh yang paling sempurna untuk kebaikan kedua-dua ibu dan anak.




Susu yang dimaksudkan pula pastinya SUSU IBU. Bukannya susu lembu, susu kambing, susu formula mahupun bijirin bayi.


SUSU IBU merupakan makan terbaik yang diciptakan ALLAH khusus untuk bayi., berbanding makanan bayi yang lain.


Sanggupkah kita sebagai IBU BAPA menafikan HAK ANAK kita untuk mendapatkan yang terbaik buat dirinya?


Bagi ibu-ibu bekerjaya, saya pasti memang bukan mudah untuk memberi SUSU IBU secara esklusif untuk anak-anak.Terdapat beberapa alasan yang mungkin diberikan oleh ibu-ibu diluar sana untuk tidak fully breastfeeding.  


Tetapi percayalah setiap sesuatu masalah tersebut, InshaAllah ada penyelesaiannya.
 

 


Daripada ayat yang sama, Surah Al-Baqarah, ayat 233

"Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya."

"Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."

Dalam ayat ini menunjukkan, ibu kandung boleh memberhentikan penyusuan susu ibu jika usia bayi kurang daripada 2 tahun.


Tetapi perlulah dikenalpastikan faktor yang menyebabkan ianya berlaku. Kalau disebabkan tiada susu mahupun bayi tidak mahu menyusu, ibu perlulah berjumpa pakar terlebih dahulu. Itu bukan ALASAN untuk ibu terus memberi susu formula kepada bayi. 
 

Setiap perkara yang kita lakukan, mestilah ILMU. Jika cukup ilmu dan teknik yang betul, usaha yang GIGIH, insyaAllah ibu akan berjaya menyusukan anaknya selama 2 tahun.





Jika alasan ibu seperti nak MENJAGA KECANTIKAN, TERHALANG UNTUK MAKAN MAKANAN KEGEMARAN atau MALAS menguruskan hal-hal susu ibu (terutama bagi ibu yang bekerjaya), agak-agak kita ikut tak suruhan dan perintah ALLAH pada ayat yang pertama tadi?


Melainkan si ibu menghadapi komplikasi kesihatan dan masalah-masalah lain yang tidak dapat dielakkan, barulah pergi kepada alternatif IBU SUSUAN.

"Dan jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya, dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik, dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya"
-Surah At-Thalaq, Ayat 6-


Ternyata SUSU IBU tetap menjadi makanan utama bayi, bukannya susu formula mahupun bijirin buatan manusia. 


Sekiranya tiada setitik pun susu ibu dijumpai di dunia ini, mungkin barulah boleh difikirkan mengenai susu formula.
 

Dan yakinlah, jika Allah telah memerintahkan sesuatu perkara, maka pasti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak berikan kepada kita. Tugas kita adalah berusaha untuk mentaati segala perintah ALLAH.



Breastfeeding bukan sahaja baik untuk bayi, malah ibu juga mendapat manfaatnya.

 

Semoga entri kali ini dapat MEMBUKA MINDA dan HATI kita semua tentang kepentingan susu ibu yang telah Allah perintahkan dalam Al-Quran.


Terima kasih kerana sudi membaca dan semoga memberi manfaat kepada semua.


*Credit to NannyMaria, MamaCilik, MommyShahab


ANDA SEORANG YANG MEMENTINGKAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN?
INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN SEBANYAK 4 - 5 ANGKA SEBULAN?

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Nur-Syafiza binti Ahmad Saifi
Shaklee ID : 1081875
syafifiesyafiza@gmail.com
013 - 570 3137 (Call, SMS, WhatsApp, WeChat, Telegram)
 


Sunday, 7 September 2014

TRAGEDI DI HARI JADI YANG PERTAMA


Assalamualaikum... Salam Sejahtera, dan Salam 1 Malaysia buat pembaca-pembaca blog sekalian...

Saya doakan anda semua berada di bawah lindungan Allah SWT setiap masa dan sepanjang waktu.


HARI JADI PERTAMA, AMANINA

Jumaat lalu, 5 September 2014 merupakan ulang tahun kelahiran yang pertama bagi anak sepupu saya, Dayang Amanina binti Awang Azizi nama diberi.

Memandangkan hari jadi dia jatuh pada hari Jumaat, maka keluarganya merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi pada keesokannya, hari Sabtu, 6 September 2014.



Segala perancangan telah diatur sebaik-baiknya.

Bahan-bahan masakan juga telah disediakan.




TUKANG MASAK YANG HEBAT

Untuk makluman semua, mereka tidak menggunakan perkhidmatan katering, kerana nenek si baby Amanina (diberi nama Cik Timah) ini seorang yang pandai dan kreatif dalam masakan.

Sememangnya, kelazatan makanan Cik Timah tidak dapat dinafikan.

Antara menu untuk sambutan hari jadi Amanina, adalah bihun belacan, sup tulang, macaroni goreng, shapard pie, truffle dan puding oreo.

Saya dimaklumkan Cik Timah bangun seawal jam 3 pagi memulakan aktiviti memasaknya.

Dan lebih kurang jam 1 petang, semua masakan telah siap dimasak dan tersedia.


KEJUTAN APAKAH INI?

Tepat jam 1.55 petang, melalui group Whatsapp keluarga kami, mama kepada Amanina, memaklumkan bahawa majlis ditunda.

Kami semua terkejut dan bertanyakan itu ini.

Tetapi tiada jawapan tepat yang kami terima, menyebabkan sepupu saya yang lain tidak puas hati dan marah.

Akhirnya setelah dipaksa, anak bongsu Cik Timah, Kak Ani, memaklumkan bahawa Cik Timah mengadu sakit dada dan terus dibawa ke hospital yang berdekatan.


Kami pada waktu tersebut telahpun bersiap-siap untuk menghadiri majlis hari jadi Amanina yang dijadualkan pada 3 petang.

Sesampai di rumah tersebut, saya dan sepupu yang lain ditinggalkan untuk menjaga anak-anak kecil dan para ibubapa pula bergegas ke hospital.

Suasana di rumah tersebut menjadi suram dan pilu.

Walaupun kami yang ditinggalkan di rumah makan hidangan yang telah disediakan, tetapi mengenangkan Cik Timah, dan ibu-ibu yang lain berada di hospital menyebabkan selera kami hilang.


Kami hanya memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain-main dan berlari-lari.

Amanina hanya tersenyum walaupun tidak memahami apa yang terjadi



Kanak-kanak... apalah yang mereka faham.

Saya berborak dengan Kak Ana, mama baby Amanina.

Kak Ana menunjukkan baju gown yang sepatutnya digunakan Amanina dan kakaknya di majlis hari jadi tersebut.



Kak Ana juga menunjukkan dua biji kek hari jadi yang sepatutnya dipotong oleh Amanina.

Saya juga terpandang hadiah yang diterima Amanina semalam.



Hati semakin sebak.

Sepatutnya kami bergembira menyambut hari jadi pertama Amanina, tetapi sebaliknya yang berlaku.



PARTI HARI JADI DI HOSPITAL

Kami hanya menanti berita semasa melalui Whatsapp.

Pada masa yang sama, kami menyediakan keperluan Cik Timah untuk berada di hospital.

Kot-kot dia akan dimasukkan ke dalam wad.

Lagipun menurut ibu-ibu yang berada di hospital, ia mengambil masa yang sangat lama menanti giliran dirawat di hospital tersebut.

Menyebabkan kami semakin risau dan bingung.

Keadaan Cik Timah sepanjang berada di hospital

Lebih kurang jam 9 malam, 

Sebahagian daripada para ibu kembali ke rumah tersebut, dan memaklumkan Cik Timah hanya tidur sepanjang di hospital.


Saya dan adik-adik pun kembali ke rumah sendiri, memandangkan hari hampir lewat malam ditambah pula dengan keadaan hujan yang sangat lebat.


Tepat jam 11.30 malam, kami dimaklumkan bahawa Cik Timah tidak dimasukkan ke wad sebaliknya dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.



DOKTOR : DIA NI MABUK UBAT

Menurut doktor, Cik Timah "mabuk ubat"

Kami dimaklumkan sepanjang seminggu ini, Cik Timah mengalami demam setelah kembali bercuti di Kota Kinabalu.

Dan belum pulih sepenuhnya daripada demam, dia sangat beriya-iya untuk membuat persiapan hari jadi Amanina, walaupun telah berkali-kali dihalang oleh Kak Ana,

So, untuk mengelakkan demam tersebut berlarutan, dia mungkin telah mengambil ubat demam secara berlebihan, dan juga mengambil ubat-ubatan yang lain sekaligus untuk berasa lebih bertenaga.


AMBILLAH VITAMIN DAN UBAT PADA MASA YANGTELAH DITETAPKAN

Pagi tadi pula kami telah pergi ke rumah Cik Timah untuk melawatnya.

Dia nampaknya lebih bertenaga dan cergas.

Alhamdulillah, semoga selepas mempunyai rehat yang cukup, Cik Timah akan pulih sepenuhnya.

Dan mempunyai kesihatan yang menyeluruh dan baik setiap masa.



AMANINA meniup kek hari jadinya hari ini

Dayang Amanina binti Awang Azizi



Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada orang lain, patuhilah masa yang telah ditetapkan untuk mengambil ubat-ubatan mahupun vitamin.



~Wassalam~



Friday, 5 September 2014

PENYERAHAN TUGAS SEORANG PENSYARAH

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, ini merupakan entry pertama saya dalam bulan September.


Mulai minggu ini, saya agak free sikit, sebab saya dah direhatkan untuk mengajar.

So sekarang ni, saya just fokus untuk siapkan kerja-kerja di office untuk diserahkan kepada pengganti saya.

Perlu habiskan semua tugasan bagi separuh semester ke-2 ni.

Perlu siapkan soalan kuiz.
Perlu siapkan soalan latihan.
Perlu siapkan soalan peperiksaan akhir.

-----------------------------------------

Opssss, ada yang tertanya-tanya ye apa kerja saya???

Hihihih.

Saya merupakan seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di Kuching.
Dan saya pula mengajar subjek Matematik.



Kolej kami ni menawarkan beberapa jurusan seperti Pengurusan Pertanian (Plantation Management), Kejuruteraan (Engineering), Jahitan (Tailoring), Jururawat (Nursing) dan juga Information Technology.


Dan kesemua jurusan ini, mengambil sekurang-kurangnya 1 subjek Matematik sepanjang pengajian, kecuali Jurusan Jahitan dan Jururawat.


Ehhh...ehh... kenapa nak perlu serahkan tugasan bagai?

Kerana saya tengah menghitung hari untuk menanti kehadiran seorang insan yang bertuah yang telah dikurniakan Allah untuk berjuang bersama kami suami isteri.

Hihih.

In shaa Allah


-----------------------------------------

Berbalik kepada penyerahan tugas saya kepada pensyarah sambilan yang baru.


Saya sebenarnya berasa sangat berat hati.


Ini adalah kerana, saya belum sempat mengenali setiap pelajar saya pada semester ini.
Saya hanya bersama-sama mereka lebih kurang sebulan lebih sahaja.


Even nama mereka pun saya tak sempat ingat semua lagi.


Mereka dalam satu kelas mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama menyebabkan saya sukar untuk mengingati nama-nama mereka.


Kerana, selain daripada nama mereka yang susah untuk disebut, ada yang muka macam Cina, tapi nama Iban...


Ada yang muka Melayu, tapi berbangsa Melanau...


Ini yang menyebabkan saya keliru.

Hihihihi. boleh pulak yerr seorang pensyarah tidak mengingati anak-anak didik nya.


Antara kaum-kaum yang terdapat di Sarawak


Selain itu, untuk serahkan mereka kepada "orang baru" menyebabkan mereka akan mengambil masa untuk mencapai keserasian antara satu sama lain.

Ini akan menganggu kosentrasi mereka dalam kelas.

Mungkin cara pengajaran dan pembelajaran berbeza bagi setiap orang...


Tak palah, saya sangat yakin, kedua-dua pihak, samada pensyarah sambilan tersebut  mahupun pelajar saya akan bekerjasama dengan sangat baik.


Minggu lepas, minggu terakhir bulan Ogos, apabila saya masuk ke satu kelas ni.

Saya ada meninggalkan beberapa pesanan kepada mereka, dan yang paling ketara terjelas kekecewaan di raut wajah mereka apabila saya berkata,

"Madam tak nak jumpa kamu semua lagi semester depan".

Ini bukan bermakna, saya benci mereka.

Apa yang saya maksudkan adalah, saya tak nak mereka gagal dalam subjek ini dan ambil semula di semester depan.

Kemudian, mereka kembali ceria.

Saya rasa sangat terharu, seorang demi seorang pelajar saya ni...

Datang kepada saya, kami bersalaman dan mereka mendoakan semoga kelahiran tersebut nanti semuanya selamat.

Walaupun mereka bukan seagama dengan kita...

Walaupun tradisi dan kaum kami berbeza...

Mereka sangat menghormati saya...

Sangat jarang saya dilayan sebegitu.

Saya doakan semoga semua pelajar saya, cemerlang dalam subjek Matematik dan subjek-subjek yang lain.













Friday, 29 August 2014

KELAHIRAN YANG DINANTI




Asalamualaikum WBT...

 Hari ini adalah 29 Ogos 2014...
Jatuh pada hari Jumaat...

Merupakan hari terakhir bekerja bagi sesetengah negeri...
Ini bermakna, minggu depan, masuk kerja dah September...

September 2014 merupakan bulan yang membuatkan saya nervous dan gementar...

Ini adalah kerana, insyaAllah, saya bakal menjadi seorang ibu dan akan melahirkan seorang anak Adam dalam masa terdekat...
Ini adalah amanah daripada Allah buat saya...





Ketakutan dan kerisauan telah menghantui saya sejak beberapa hari yang lalu...


Saya sentiasa menjadi sebak dan menitiskan air mata bila berkeseorangan.

Takut dan sedih sangat sangat .... :(

Hurmm ... Saya tak pasti la apa yang sedang bermain dalam fikiran saya

Adakah saya berupaya untuk melahirkan 'anak' tersebut nanti?

Jika Normal pun ada sakitnya, bagaimana pula kalau saya kena caesar?

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat risau akan kesakitan yang saya bakal tanggung.

Hurmm entah la berapa lama pulak yang saya perlu berada di Hospital nanti.


Menurut pengalaman rakan2 dan ahli keluarga saya yang lain, kalau di Hospital Kerajaan, apabila selepas bersalin, anak tersebut kita akan jaga sendiri...

Berbeza dengan hospital swasta, bayi yang baru dilahirkan akan ditinggalkan ke nursery dan dijaga oleh nurse, melainkan waktu memberi susu...

Laratkah saya nanti untuk bangun dan jaga anak tersebut sejurus selepas bersalin???

Apabila memikirkan semua ni, saya semakin risau dan semakin sedih...




Tapi... Tapi... Tapi... 

Pada masa yang sama, saya pujuk diri saya sendiri dengan menyatakan,

Apa nak dirisaukan, Allah kan ada...

Saya pasti dapat harungi semua ni.. Sebab tu lah Allah kurniakan saya hamil...

"Allah takkan menguji seseoarang hambaNya diluar kemampuan hamba-hambaNya"... InsyaAllah...


Melalui pembacaan saya, dan juga petua daripada sepupu dan aunty2, tips agar mudah bersalin adalah :

1. Perbanyakkan berjalan dan menaiki tangga untuk senaman ringan

2. Perbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Quran seperti

    SURAH AL-ANBIYA' ayat 87
    AYAT KURSI
   SURAH AL - A'RAF ayat 54
  SURAH AL - FALAQ
  SURAH AN - NAAS


Amalan-amalan yang disebutkan berdasarkan sabda Rasulullah SAW, ertinya : "Apabila Fatimah telah hampir melahirkan, Rasulullah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang melihat Fatimah, maka Rasulullah SAW membaca ayat Kursi, surah Al-A'raf ayat 54 di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Al-Muawwizatain iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas." (Riwayat: Ibnu Sunny)


Semoga, hasil perkongsian ini dapat mengurangkan gemuruh dan ketakutan bagi bakal-bakal ibu...

Dan sangat berharap agar kelahiran saya kali ini selamat.

Pada saat kehamilan pertama ini pun saya berasa sangat hebat dengan Set Supplement Shaklee

~Wassalam~

Thursday, 26 June 2014

BANGKIT SEMULA BERSAMA-SAMA SHAKLEE

Assalamualaikum WBT...

Rasanya macam dah lama tak mengarang entry...

So entry kali ni, Fie nak kongsikan kisah sebenar, seorang teman yang pernah kecewa dengan pendapatan bulanan beliau...

Pernah disindir, pernah dipandang sinis, pernah diejek...

Bukan daripada rakan-rakan, tetapi daripada ahli keluarga terdekat sendiri...

Semoga segalanya menjadi ikhtibar dan membuka mata kita semua, di mana kita berada sekarang.

Inilah alkisahnya :


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Dulu saya merupakan seorang Pegawai Bank yang bekerja di bank tempatan. Itu merupakan pekerjaan tetap pertama saya, setelah bergraduasi pada tahun 2010. Gaji basic saya pada masa tersebut adalah RM1800. Dan secara kasarnya, gaji bulanan saya melebihi RM 3000 sebulan.


Bidang tugas saya di bank tersebut adalah sangat mudah iaitu menukarkan matawang asing kepada matawang Malaysia. Maksudnya, jika ada pelanggan, adalah kerja. Kalau takda pelanggan, saya hanya duduk di situ memerhatikan orang lalu lalang. Oh ya, lupa nak bagitau, walaupun saya berkerja di bank, tetapi lokasi kami adalah di lapangan terbang. So, ramai la orang lalu lalang, pergi dan balik. Itu yang saya maksudkan dengan memerhatikan orang kalau takda pelanggan.

Memandangkan kami bertugas di bawah seliaan CCTV, jadi kami tak boleh buat apa2 waktu bertugas. Kami tidak dibenarkan memegang handphone, buku ataupun melakukan tugasan lain di hadapan kaunter.

Apa yang saya dan rakan saya lakukan, kami cari kawasan “Blind spot” dan kami meletakkan laptop di situ, so boleh laa kami menonton movie/ drama sewaktu ketiadaan pelanggan.

Waktu bertugas kami juga sangatlah panjang. Waktu operasi perniagaan kami adalah dari  7.30 pagi hingga 7.30 malam. Bermakna sebagai bertugas di bank, kami perlu buat “opening’ dan ‘closing’ sebelum dan selepas waktu tersebut.

Tambahan pula, bank kami dibuka setiap hari, tidak kira sabtu, ahad mahupun cuti umum. Memandangkan staf di situ hanya 3 orang, dan 2 orang yang bekerja pada satu masa, sekiranya seorang bercuti, terpaksalah salah seorang mengambil alih dan menggantikan. Maksudnya, hari off kami telah terganggu. So masa bersama keluarga amatlah terhad.

Semasa saya bekerja disana, gaji yang saya peroleh saya akan bahagikan kepada 3 bahagian, 1 untuk diagih2kan kepada ahli keluarga, 1 untuk simpanan sendiri dan 1 untuk belanja diri sendiri.

Semasa saya bertugas disana, saya bertekad untuk membeli kereta. Kereta impian saya ketika itu adalah Honda City ataupun Toyota Vios. Saya bercadang untuk bayar “down payment” sebanyak RM10,000 untuk kereta yang akan saya beli. So, dengan 1 bahagian saya simpan, saya akan tunggu sehingga RM10,000. Namun, kadang2 ada beberapa bulan saya tidak menyimpan terutamanya di waktu kecemasan ataupun perayaan.




********************************************************************


Sebelum simpanan saya mencecah RM 10,000, saya telah ditawarkan ke tempat kerja lain, iaitu sebagai Pensyarah di salah sebuah kolej swasta dimana tempat saya bertugas sekarang.. Di sini, saya telah ditawarkan gaji sebanyak RM 1450 dan secara kasarnya gaji saya adalah RM 1600 sebulan. Sangat kurang berbanding gaji saya di bank dahulu. Namun waktu bertugas saya adalah waktu pejabat.

Saya juga bertekad setuju untuk terima tawaran ini kerana saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Jadi saya tak kisah lah kalau gaji saya banyak ke tidak, sekurang-kurangnya, saya ada masa terluang di hujung minggu.

Saya masih lagi meneruskan misi membuat simpanan, tetapi sekarang saya hanya mampu membuat simpanan separuh daripada sebelumnya. Tetapi malangnya sekarang, saya gagal untuk memberikan wang kepada ahli keluarga terutama kepada ibu dan ayah.

Selepas beberapa bulan saya bekerja di sini, ahli keluarga pasangan saya (iaitu suami saya sekarang) bercadang untuk menghantar rombongan untuk meminang saya. Dan akhirnya, saya dan pasangan setuju untuk bernikah pada tahun tersebut juga. Ini bermakna, saya terpaksa menangguhkan lagi perancangan saya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master.

Kali ini, semestinya duit simpanan saya akan digunakan untuk membuat persediaan untuk majlis perkahwinan nanti. Ini bermakna, saya haruslah mula mengikat segala2 nafsu belanja sebagai seorang wanita.

Sepanjang tempoh persediaan perkahwinan juga saya melalui pelbagai dugaan. Saya pernah disindir oleh adik saya sendiri, dimana sampai sekarang saya menggunakan kereta keluarga untuk pergi ke tempat kerja dan menguruskan perihal perkahwinan. Dia juga menyatakan “Dah bertahun2 kerja, tak mampu nak beli kereta sendiri lagi ker?”

" Kalau kau kerja di bank, sekarang, kau dah ada rumah sendiri, kereta sendiri"

Saya juga pernah mendapat sindiran daripada ahli keluarga yang lain seperti, “Alaaa, gaji pensyarah, takkan tak mampu nak buat itu ini, beli itu ini”. 

Pada waktu tersebut, saya hanya dapat bersabar dan apabila bersendirian saya akan menangis seorang diri.

Kadang-kala saya menyesal kerana berhenti bekerja di bank dahulu. Cuma pada masa itu, apa yang saya fikirkan, “Mungkin saya dah melakukan sesuatu yang Allah tak suka, Dia tarik balik semua kesenangan yang telah diberikan kepada saya”.

Sebagai seorang pengantin, semestinya, terutamanya perempuan, menginginkan kulit yang gebu dan pinggang yang ramping. Saya telah mencuba pelbagai produk yang berasingan, penjagaan luar dan dalam. Sekali lagi saya telah mengorbankan perbelanjaan harian saya untuk barangan tersebut.

Sehingga saya terbaca satu artikel mengenai Shaklee, dimana menggunakan hanya satu produk tersebut iaitu ESP, boleh digunakan untuk pelansingan dan penjagaan kulit sekaligus.

So, saya menghubungi SID tersebut untuk membeli ESP daripada beliau.

Setelah saya memberitahu ahli keluarga saya mengenai ESP, ada yang bertanya dan berminat kerana mereka pernah terdengar cerita tentang kebaikan produk Shaklee daripada orang lain. Bukan sahaja pelansingan dan penjagaan kulit, ada juga yang menyatakan penyakit2 tertentu dan bertanya produk Shaklee yang sesuai. Saya pula teruslah menghubungi SID tersebut untuk bertanya lebih lanjut.

Dan akhirnya, ramai ahli keluarga saya meminta pertolongan bagi membeli produk2 tersebut untuk mereka.

Semasa menghubungi SID tersebut bagi membuat tempahan, beliau telah menyatakan bahawa saya hanya perlu menambahkan sedikit sahaja lagi untuk membolehkan saya menjadi Ahli Shaklee secara percuma.

Setelah bertungkus lumus bertanya sana sini, akhirnya, saya “terpaksa” menjadi ahli Shaklee secara percuma tersebut.

****************************************************************************

Mulai saat itu, saya berupaya untuk mencukupkan UV setiap bulan, tak kira lah melalui tempahan orang mahupun simpanan dir sendiri.

Saban hari, ramai yang tahu saya merupakan seorang Shaklee Independent Distributor (SID). Mulai saat itu, saya bertekad, untuk bersungguh2 dalam Shaklee ni.

Saya percaya, satu hari nanti, (target paling lewat Disember 2014) saya akan mendapat sekurang-kurangnya pendapatan 5 angka sebulan. Dan angka ini akan bertambah setiap bulan. Seperti yang telah terjadi kepada Mak Shaklee saya, iaitu sepupu terdekat saya sendiri.

Kalau beliau boleh, kenapa saya tidak.

Kalau orang lain boleh, kenapa tidak saya.

Kalau surirumah pun boleh dapat income 5-6 angka bersama Shaklee, kenapa saya tak boleh.

***************************************************************************

Alhamdulillah, saya telah ditemukan dengan Group, Mentor2 dan rakan2 Shaklee yang hebat. Yang sentiasa positif, yang sentiasa merendah diri, dan paling utamanya, yang sentiasa meletakkan Allah di #1...

Segala tunjuk ajar yang mereka telah berikan memang amat menyentuh hati saya.

Semuanya telah terhidang, apa yang perlu saya lakukan hanyalah, ikut.. ikut.. ikut.. dan duplicate...

InsyaAllah, saya akan berjaya seperti mereka..

Saya rasa, kalau saya masih lagi bekerja di bank tersebut, saya akan masih lagi dalam comfort zone... 

Saya tak akan nampak jalan keluar daripada situ...

Syukur Alhamdulillah, Allah telah memberi jalan untuk saya lebih berusaha dan akan berjaya suatu hari nanti...

Aamiin....
            
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah cerita sahabat saya ini...

Sangat terkilan kerana orang terdekat turut sama menjatuhkan beliau...

Semoga dia terus tabah dan istiqamah serta lebih gigih berusaha untuk meningkatkan pendapatan diri, dan dapat membantu orang lain...

Saya juga pernah bertanya, macam mana dia boleh bangkit begini...


Jawapannya adalah,

Mak Shaklee beliau, yang merupakan sepupu dia sendiri, menjadi sumber kekuatan...

Dan juga dia telah membaca ebook kejayaan seorang jurutera yang sanggup berhenti kerja kerana terbuka hati untuk membuat bisness Shaklee ini...





 
Ebook yang telah membuka mata orang ramai untuk berjinak2 dalam dunia bisnes bagi membantu meningkat taraf hidup masing-masing...

MasyaAllah, kuatnya aura sekelilingnya...

Saya juga mendoakan diri sahabat dan saya sendiri, lebih berjaya di masa akan datang...

Sentiasa Sihat, Kaya dan Berjaya bersama-sama Shaklee

Wassalam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...