Monday 28 August 2017

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum semua pembaca blog.

Sihat ke hari ni?


Semoga semuanya sihat dan dimudahkan segalanya.

Alhamdulillah, sejak saya mula berkongsi pengalaman mengamalkan Set Hamil, Set Berpantang dan Set Menyusu, produk ini semakin mendapat sambutan yang baik daripada orang sekeliling.

Disini, saya nak share, sebenarnya produk Shaklee bukan sahaja terhad kepada 3 set itu sahaja. Tetapi, Shaklee mempunyai banyak lagi produk dan vitamin kesihatan yang lain.

Sesuai untuk semua lapisan usia. Kanak-kanak, orang dewasa mahupun orang yang telah berusia.

Produk Shaklee ni, memang sangat sesuai digunakan untuk seisi keluarga.


Okay sebelum saya share, kelebihan yang saya dan ahli-ahli Shaklee dapat selama ini, disini saya nak berkongsi proses untuk menjadi ahli Shaklee.





BAGAIMANA HENDAK MENJADI AHLI SHAKLEE?

Terdapat 2 cara untuk menjadi ahli Shaklee :

1) Yuran pendaftaran hanya RM 69 + postage RM 11 (SM)/ RM 22 (SS). Yuran ini menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual.

ATAU

2) Buat pembelian sebanyak 200 UV (Unit Value), iaitu bersamaan dengan RM 7000 dalam satu resit. Dengan ini, anda akan mendapat keahlian secara PERCUMA (bernilai RM 69) dan juga CASH BONUS (bernilai RM 30+). Anda juga telah dapat membuat penjimatan sehingga RM 100+.


Anda boleh hubungi saya untuk mendaftar, atau gunakan ID Siti Nur-Syafiza (1081875) sebagai SPONSOR.


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Seperti yang telah saya nyatakan di awal entri ini. Sebenarnya banyak kelebihan yang kami nikmati setelah mendaftar sebagai ahli Shaklee.

1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli, dimana ia merupakan penjimatan sebanyak 25% - 40% berbanding harga pasaran. Bila ada promosi khas untuk ahli Shaklee, harga akan jadi jauh lebih murah berbanding retail price.

2) Dapat CASH BONUS hasil daripada pembelian ataupun jualan setiap bulan iaitu 5% hingga 21%. Bagi ahli yang beli untuk makan sendiri dan ahli keluarga pun boleh dapat bonus.


3) Berpeluang membuat bisnes Shaklee, (online dan offline) dengan bantuan MENTOR.

4) Berpeluang ACCESS kepada SPECIAL GROUP kami untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk.

5) Akan dimasukkan ke dalam sebuah group Shaklee di Facebook dan Telegram untuk didedahkan dengan rahsia bagaimana menjalankan business secara online. Di sini juga anda akan dapat membaca Rahsia Kejayaan ramai orang yang berjaya dalam perniagaan online Shaklee.

Dalam group ini, anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat bagi memulakan perniagaan secara online. Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda dah berada dalam group tersebut, bermulalah anda dikelilingi dengan orang yang SUDAH BERJAYA.

Anda tanya 1 soalan, 10 - 20 orang akan menjawab untuk membantu anda. Semua orang nak tarik anda bersama-sama berjaya seperti mereka.

Sebab itulah saya rasakan, senang buat business online ni. Dengan bantuan mentor yang dah expert dan lama dalam perniagaan Shaklee ni.



MAINTAIN POINT DAN KEAHLIAN

Mulai September 2016, yuran keahlian yang anda bayar adalah untuk tempoh 1 TAHUN. Selepas setahun, keahlian kita perlu direnew.

Terdapat 2 cara untuk renewal :

1) Membuat pembelian sebanyak 200UV untuk dapatkan FREE RENEWAL

atau

2) Just bayar RM30 untuk tempoh setahun dan akan menerima e-voucher RM30. Dengan membuat setiap pemberli RM100, boleh lah guna voucher RM10. So, masih lagi dikira sebagai FREE RENEWAL.


Kalau anda cuma nak makan sendiri, anda tak perlu pun untuk maintain points bulanan atau minimum belian. Cuma, gunakan produk dan share dengan orang sekeliling sahaja.


Jika mereka berminat, boleh beli dengan ID anda. Anda boleh beli pada harga yang murah, iaitu 25% lebih murah daripada Retail rice.


Bila ada promosi untuk ahli, anda akan dapat membeli produk tersebut yang auh lebih murah sehingga 40%. Sebenarnya, setiap bulan ada sahaja promosi khas untuk ahli. Promosi ini berubah-ubah mengikut produk.


Tapi, kalau anda ingin mulakan business dan dapat CASH BONUS, barulah anda perlu mempunyai points tertentu setiap bulan.



Akhir kata, SELAMAT DATANG kepada semua ahli Shaklee yang abru mendaftar di bawah naungan MariaFirdaus group dan MamaCilik group.

Jom lebih sihat dengan supplement Shaklee.





Tuesday 25 July 2017

SET VITAMIN HAJI DAN UMRAH

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Apa khabar pembaca blog syafifiesyafiza sekalian.

Didoakan setiap yang membaca blog ini, sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sempurna untuk menjalankan tugasan harian.


Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.

InsyaAllah.

Tidak lama lagi, ramailah tetamu Allah akan berkumpul di satu tempat.

Pelbagai bangsa.
Pelbagai negara.
Pelbagai latarbelakang.
Pelbagai usia.

Cuma satu yang sama.
Disatukan dalam ISLAM.


Mama dan bapa saya pun antara yang tersenarai menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

*Gambar semasa mengkuti kursus haji perdana*




Pada tahun ini, jemaah haji Malaysia, akan berkampung di tanah Arab selama 52 hari.

Wowww... Lebih lama daripada tahun-tahun sebelum ini.

Semestinya, setiap jemaah haji berazam hendak melakukan ibadah dengan sempurna sepanjang berada di sana.

Pastinya, banyak bekalan ubat-ubatan yang dibawa.

Juga, pastinya, banyak bekalan vitamin untuk penjagaa kesihatan sepanjang mereka berada di sana.

Untuk mama dan bapa, semestinya saya akan bekalkan mereka vitamin Shaklee.

Jom kita lihat, vitamin apa yang bakal dibawa mereka berdua.

1. BCOMPLEX

Jemaah haji sudah pastinya memerlukan tenaga yang lebih dalam melakukan ibadah yang tidak putus-putus. Mereka pastinya menginginkan badan yang sentiasa bertenaga tidak kira dalam apa keadaan sekalipun.

BComplex Shaklee membantu tubuh untuk menjana tenaga. Ia juga membantu membekalkan vitamin B yang lengkap dalam kuantiti seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh badan.

2. VITAMIN C

Perubahan cuaca dalam bilik yang berhawa dingin dan persekitaran luar yang panas, akan menyebabkan para jemaah haji akan mudah dijangkiti demam dan selesema.

Vitamin C adalah baik bagi mengelakkan serangan radikal bebas dan kuman pembawa penyakit dari persekitaran. Ia juga membantu menguatkan sistem tubuh badan daripada terkena serangan penyakit.

3. VITALEA

Selain daripada BComplex, Vitalea juga membantu untuk membekalkan tenaga kepada tubuh dengan kadar yang segera.

Ia merupakan multivitamin yang lengkap dengan 28 mineral yang diperlukan oleh oleh tubuh badan manusia setiap hari, yang sukar diperoleh dari pemakanan harian.

Vitamin ini juga menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh, sera membantu menguatkan tulang dan sistem imunisasi badan.

4. NUTRIFERON

Nutriferon Shaklee merupakan satu formula eksklusif bagi menggalakkan penghasilan interferon semulajadi tubuh.

Interferon ini adalah salah satu elemen dalam badan manusia yang merangsang dan meningkatkan sistem imun.

Ia umpama alarm dalam sistem tubuh untuk membunuh kuman yang merebak dalam tubuh badan manusia.

Jadi, nutriferon sangat penting untuk dibawa oleh para jemaah bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh mereka atas faktor perubahan cuaca yang mendadak.

5. OSTEMATRIX

Kaki adalah antara anggota tubuh badan manusia yang akan memainkan peranan yang sangat penting untuk bakal jemaah haji. Ini adalah kerana , mereka akan melalui pergerakan yang banyak melalui ibadah tawaf, saie, perjalanan dari hotel ke masjid dan sebagainya.

Maka, Ostematrix sangat diperlukan yang juga merupakan makanan bagi kaki. Setiap jemaah haji memerlukan kesihatan yang baik untuk beribadah.

Vitamin ini membantu melegakan lenguh dan sakit badan. Ia juga dapat memberikan tidur yang berkualiti agar apabila bangun pada keesokan harinya, badan akan menjadi segar dan bertenaga. Jadi, tiada masalah untuk meneruskan ibadah yang sempurna.

6. OMEGA GUARD

Kebanyakan jemaah haji adalah mereka yang dah lanjut usia. Mereka mungkin mengalami masalah sering dihadapi adalah sakit lutut dan sendi.

Ini akan membataskan pergerakan jemaah haji yang perlu banyak bergerak untuk tawaf, saie dan sebagainya.

Omega guard yang bersifat antiradang akan membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi. Ia turut berfungsi bagi melambatkan degradasi tulang rawan.


Semoga, dengan bekalan vitamin-vitamin ini.

Didoakan agar kedua-dua mama dan bapa.

Sentiasa diberi kesihatan yang baik
Sentiasa diberi kekuatan.
Sentiasa dipermudahkan segala urusan mereka di sana.


Tidak lupa jugak kepada bakal-bakal haji seluruh dunia.

Semoga mendapat haji yang mabrur.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...