Rasanya macam dah lama tak mengarang entry...
So entry kali ni, Fie nak kongsikan kisah sebenar, seorang teman yang pernah kecewa dengan pendapatan bulanan beliau...
Pernah disindir, pernah dipandang sinis, pernah diejek...
Bukan daripada rakan-rakan, tetapi daripada ahli keluarga terdekat sendiri...
Semoga segalanya menjadi ikhtibar dan membuka mata kita semua, di mana kita berada sekarang.
Inilah alkisahnya :
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dulu saya merupakan seorang Pegawai Bank yang bekerja di
bank tempatan. Itu merupakan pekerjaan tetap pertama saya, setelah bergraduasi
pada tahun 2010. Gaji basic saya pada masa tersebut adalah RM1800. Dan secara
kasarnya, gaji bulanan saya melebihi RM 3000 sebulan.
Bidang tugas saya di bank tersebut adalah sangat mudah
iaitu menukarkan matawang asing kepada matawang Malaysia. Maksudnya, jika ada
pelanggan, adalah kerja. Kalau takda pelanggan, saya hanya duduk di situ
memerhatikan orang lalu lalang. Oh ya, lupa nak bagitau, walaupun saya berkerja
di bank, tetapi lokasi kami adalah di lapangan terbang. So, ramai la orang lalu
lalang, pergi dan balik. Itu yang saya maksudkan dengan memerhatikan orang
kalau takda pelanggan.
Memandangkan kami bertugas di bawah seliaan CCTV, jadi
kami tak boleh buat apa2 waktu bertugas. Kami tidak dibenarkan memegang
handphone, buku ataupun melakukan tugasan lain di hadapan kaunter.
Apa yang saya dan rakan saya lakukan, kami cari kawasan
“Blind spot” dan kami meletakkan laptop di situ, so boleh laa kami menonton
movie/ drama sewaktu ketiadaan pelanggan.
Waktu bertugas kami juga sangatlah panjang. Waktu operasi
perniagaan kami adalah dari 7.30 pagi
hingga 7.30 malam. Bermakna sebagai bertugas di bank, kami perlu buat “opening’
dan ‘closing’ sebelum dan selepas waktu tersebut.
Tambahan pula, bank kami dibuka setiap hari, tidak kira
sabtu, ahad mahupun cuti umum. Memandangkan staf di situ hanya 3 orang, dan 2
orang yang bekerja pada satu masa, sekiranya seorang bercuti, terpaksalah salah
seorang mengambil alih dan menggantikan. Maksudnya, hari off kami telah
terganggu. So masa bersama keluarga amatlah terhad.
Semasa saya bekerja disana, gaji yang saya peroleh saya
akan bahagikan kepada 3 bahagian, 1 untuk diagih2kan kepada ahli keluarga, 1
untuk simpanan sendiri dan 1 untuk belanja diri sendiri.
Semasa saya bertugas disana, saya bertekad untuk membeli
kereta. Kereta impian saya ketika itu adalah Honda City ataupun Toyota Vios.
Saya bercadang untuk bayar “down payment” sebanyak RM10,000 untuk kereta yang
akan saya beli. So, dengan 1 bahagian saya simpan, saya akan tunggu sehingga
RM10,000. Namun, kadang2 ada beberapa bulan saya tidak menyimpan terutamanya di
waktu kecemasan ataupun perayaan.
********************************************************************
Sebelum simpanan saya mencecah RM 10,000, saya telah
ditawarkan ke tempat kerja lain, iaitu sebagai Pensyarah di salah sebuah kolej
swasta dimana tempat saya bertugas sekarang.. Di sini, saya telah ditawarkan
gaji sebanyak RM 1450 dan secara kasarnya gaji saya adalah RM 1600 sebulan.
Sangat kurang berbanding gaji saya di bank dahulu. Namun waktu bertugas saya
adalah waktu pejabat.
Saya juga bertekad setuju untuk terima tawaran ini kerana
saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Jadi saya tak kisah lah
kalau gaji saya banyak ke tidak, sekurang-kurangnya, saya ada masa terluang di
hujung minggu.
Saya masih lagi meneruskan misi membuat simpanan, tetapi
sekarang saya hanya mampu membuat simpanan separuh daripada sebelumnya. Tetapi
malangnya sekarang, saya gagal untuk memberikan wang kepada ahli keluarga
terutama kepada ibu dan ayah.
Selepas beberapa bulan saya bekerja di sini, ahli
keluarga pasangan saya (iaitu suami saya sekarang) bercadang untuk menghantar
rombongan untuk meminang saya. Dan akhirnya, saya dan pasangan setuju untuk
bernikah pada tahun tersebut juga. Ini bermakna, saya terpaksa menangguhkan
lagi perancangan saya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master.
Kali ini, semestinya duit simpanan saya akan digunakan
untuk membuat persediaan untuk majlis perkahwinan nanti. Ini bermakna, saya
haruslah mula mengikat segala2 nafsu belanja sebagai seorang wanita.
Sepanjang tempoh persediaan perkahwinan juga saya melalui
pelbagai dugaan. Saya pernah disindir oleh adik saya sendiri, dimana sampai
sekarang saya menggunakan kereta keluarga untuk pergi ke tempat kerja dan
menguruskan perihal perkahwinan. Dia juga menyatakan “Dah bertahun2 kerja, tak
mampu nak beli kereta sendiri lagi ker?”
" Kalau kau kerja di bank, sekarang, kau dah ada rumah sendiri, kereta sendiri"
Saya juga pernah mendapat sindiran daripada ahli keluarga
yang lain seperti, “Alaaa, gaji pensyarah, takkan tak mampu nak buat itu ini,
beli itu ini”.
Pada waktu tersebut, saya hanya dapat bersabar dan apabila
bersendirian saya akan menangis seorang diri.
Kadang-kala saya menyesal kerana berhenti bekerja di bank
dahulu. Cuma pada masa itu, apa yang saya fikirkan, “Mungkin saya dah melakukan
sesuatu yang Allah tak suka, Dia tarik balik semua kesenangan yang telah
diberikan kepada saya”.
Sebagai seorang pengantin, semestinya, terutamanya
perempuan, menginginkan kulit yang gebu dan pinggang yang ramping. Saya telah
mencuba pelbagai produk yang berasingan, penjagaan luar dan dalam. Sekali lagi
saya telah mengorbankan perbelanjaan harian saya untuk barangan tersebut.
Sehingga saya terbaca satu artikel mengenai Shaklee,
dimana menggunakan hanya satu produk tersebut iaitu ESP, boleh digunakan untuk
pelansingan dan penjagaan kulit sekaligus.
So, saya menghubungi SID tersebut untuk membeli ESP
daripada beliau.
Setelah saya memberitahu ahli keluarga saya mengenai ESP,
ada yang bertanya dan berminat kerana mereka pernah terdengar cerita tentang
kebaikan produk Shaklee daripada orang lain. Bukan sahaja pelansingan dan
penjagaan kulit, ada juga yang menyatakan penyakit2 tertentu dan bertanya
produk Shaklee yang sesuai. Saya pula teruslah menghubungi SID tersebut untuk
bertanya lebih lanjut.
Dan akhirnya, ramai ahli keluarga saya meminta
pertolongan bagi membeli produk2 tersebut untuk mereka.
Semasa menghubungi SID tersebut bagi membuat tempahan,
beliau telah menyatakan bahawa saya hanya perlu menambahkan sedikit sahaja lagi
untuk membolehkan saya menjadi Ahli Shaklee secara percuma.
Setelah bertungkus lumus bertanya sana sini, akhirnya,
saya “terpaksa” menjadi ahli Shaklee secara percuma tersebut.
****************************************************************************
Mulai saat itu, saya berupaya untuk mencukupkan UV setiap
bulan, tak kira lah melalui tempahan orang mahupun simpanan dir sendiri.
Saban hari, ramai yang tahu saya merupakan seorang
Shaklee Independent Distributor (SID). Mulai saat itu, saya bertekad, untuk
bersungguh2 dalam Shaklee ni.
Saya percaya, satu hari nanti, (target paling lewat
Disember 2014) saya akan mendapat sekurang-kurangnya pendapatan 5 angka
sebulan. Dan angka ini akan bertambah setiap bulan. Seperti yang telah terjadi
kepada Mak Shaklee saya, iaitu sepupu terdekat saya sendiri.
Kalau beliau boleh, kenapa saya tidak.
Kalau orang lain boleh, kenapa tidak saya.
Kalau surirumah pun boleh dapat income 5-6 angka bersama
Shaklee, kenapa saya tak boleh.
***************************************************************************
Alhamdulillah, saya telah ditemukan dengan Group, Mentor2 dan rakan2 Shaklee yang hebat. Yang sentiasa positif, yang sentiasa merendah diri, dan paling utamanya, yang sentiasa meletakkan Allah di #1...
Segala tunjuk ajar yang mereka telah berikan memang amat menyentuh hati saya.
Semuanya telah terhidang, apa yang perlu saya lakukan hanyalah, ikut.. ikut.. ikut.. dan duplicate...
InsyaAllah, saya akan berjaya seperti mereka..
Saya rasa, kalau saya masih lagi bekerja di bank tersebut, saya akan masih lagi dalam comfort zone...
Saya tak akan nampak jalan keluar daripada situ...
Syukur Alhamdulillah, Allah telah memberi jalan untuk saya lebih berusaha dan akan berjaya suatu hari nanti...
Aamiin....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Begitulah cerita sahabat saya ini...
Sangat terkilan kerana orang terdekat turut sama menjatuhkan beliau...
Semoga dia terus tabah dan istiqamah serta lebih gigih berusaha untuk meningkatkan pendapatan diri, dan dapat membantu orang lain...
Saya juga pernah bertanya, macam mana dia boleh bangkit begini...
Jawapannya adalah,
Mak Shaklee beliau, yang merupakan sepupu dia sendiri, menjadi sumber kekuatan...
Dan juga dia telah membaca ebook kejayaan seorang jurutera yang sanggup berhenti kerja kerana terbuka hati untuk membuat bisness Shaklee ini...
Ebook yang telah membuka mata orang ramai untuk berjinak2 dalam dunia bisnes bagi membantu meningkat taraf hidup masing-masing...
MasyaAllah, kuatnya aura sekelilingnya...
Saya juga mendoakan diri sahabat dan saya sendiri, lebih berjaya di masa akan datang...
Sentiasa Sihat, Kaya dan Berjaya bersama-sama Shaklee
Wassalam...