Monday, 15 October 2018

10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB

InshaAllah, tidak lama lagi, dalam Projek TWB, bukan sahaja kita menyediakan Home and Mobile Spa.

Tetapi juga, kita akan sertakan sekali Pakej Berpantang TWB.

Seperti yang telah saya ceritakan dalam entry sebelum ini, Confinement Lady (CL) merupakan salah satu karier yang menjadi demand pada hari ini, terutama permintaannya yang sangat tinggi apabila di bandar-bandar.


Disini saya nak share, keistimewaan pakej berpantang melalui TWB.

1. Confinement Lady yang berpengetahuan dan bertauliah
  • Mereka sebagai CL TWB telah hadir dalam training kursus penjagaan berpantang daripada trainer yang berpengalaman dan bertauliah. Selain itu, CL TWB juga bukan sahaja ada ilmu penjagaan berpantang secara luaran, mereka juga ada ilmu nutrisi dimana ianya sangat penting untuk penjagaan dalaman. Bukti mereka telah hadir kursus penjagaan selepas berpantang adalah, mereka mempunyai sijil yang diiktiraf.



2. Produk yang natural dan selamat

  • Dalam penjagaan berpantang oleh CL TWB, semua peralatan berpantang secara luaran menggunakan barangan yang dijamin selamat dan natural. Contoh nya penghasilan param dan pilis hanya menggunakan prosuk Shaklee. Ia merupakan produk Shaklee yang boleh digunakan secara luaran dan juga selamat untuk dimakan.


3. Mengamalkan Set Berpantang Shaklee
  • Seperti yang saya dah ceritakan tadi, CL TWB bukan sahaja ada ilmu penjagaan berpantang secara luaran, mereka juga mempunyai ilmu nutrisi dimana mereka akan menyediakan jadual pemakanan set berpantang Shaklee. Dengan pengambilan set ini, ibu berpantang akan terasa segar, sihat dan bertenaga. Luka selepas bersalin juga akan cepat pulih. InshaAllah. Ibu juga akan dapat mengawal stress dan penat melalui set berpantang Shaklee.



4. Set Menyusu Shaklee
  • Selain set berpantang Shaklee, ibu yang berpantang dengan TWB juga akan mengamalkan set menyusu Shaklee, dimana, selain penjagaan dalaman ibu untuk proses pemulihan selepas bersalin, ibu juga akan dapat menghasilkan susu badan yang meriah. Oleh itu, bayi akan mudah kenyang dan mendapat susu yang berkualiti daripada ibu. Saya pernah juga ceritakan setiap fungsi vitamin dalam set menyusu Shaklee.



5. Urutan tradisional lahir secara normal ataupun caesarian
  • Penjagaan berpantang ibu yang bersalin secara caesarian dan normal terdapat sedikit perbezaan terutamanya dalam urutan tradisional. Maka, CL TWB mempunyai kedua-dua ilmu urutan tradisional ini.
6. Penjagaan bayi
  • Selain penjagaan ibu ketika berpantang, CL TWB juga melakukan servis penjagaan bayi. Selalunya, ibu berpantang tidak mampu untuk menjaga bayi sendirian. Oleh itu, kehadiran CL yang menjaga ibu, sekaligus menjaga bayinya sekali. Untuk penjagaan bayi, mereka akan menyediakan servis mandi, tuam, urut dan bercukur.


7. Makanan dan minuman ketika berpantang
  • Makanan dan minuman ibu berpantang juga sangat diambil kira. Ibu berpantang perlu jaga makan untuk membolehkan luka semasa bersalin akan pulih dengan cepat. Minuman berpantang adalah untuk memastikan badan ibu sentiasa segar dan sihat serta boleh menghasilkan susu yang banyak, Selain itu, makanan berpantang ini adalah bertujuan untuk mengelakkan masuk angin dan kadang-kadang, jika tersilap makan, ibu berpantang boleh terkena meroyan.


8. Penutup pantang
  • Selain penjagaan berpantang, para CL TWB juga merupakan expertise dalam pakej penutup pantang. Apa yang kami tawarkan adalah facial and face massage, hand and foot spa, sauna, body scrub dan aura milk bath. Kesemua itu akan mengembalikan seri dan kesegaran ibu selepas berpantang ni.


9. Seluruh Malaysia
  • Confinement Lady TWB telah berada di seluruh Malaysia, di setiap negeri. Oleh itu, dimana sahaja anda berada, boleh dapatkan kepastian CL TWB di tempat anda.
10. Harga yang berpatutan dan mampu milik
  • Dengan menggunakan produk yang diyakini selamat, berkesan dan natural, harga yang ditetapkan oleh CL TWB  adalah sangat berbaloi dan berpatutan. Produk yang melebihi beratus kajian setiap tahun untuk dihasilkan.

Inilah 10 kelebihan jika anda memilih Pakej Berpantang TWB.


JIKA ANDA MEMANG BERMINAT UNTUK PAKEJ BERPANTANG TWB, BOLEH HUBUNGI
FIFIE - 013 570 3137
UNTUK SEMAK CL TWB DI TEMPAT ANDA


Monday, 1 October 2018

Confinement Lady vs Jagaan Mak

Masa tahun 2014 dulu, bila doktor dah sahkan saya pregnant, orang yang paling gembira selain kami berdua suami isteri, adalah parents dan parents-in-law saya.

Mana taknya, sebelah saya, ini merupakan cucu pertama, dan sebelah suami pulak Muammar merupakan cucu kedua. So memang bilangan cucu belum banyak buat masa tu.




Sepanjang pregnant, saya memang takde plan apa-apa untuk berpantang apa semua. Saya akan mula bertindak kalau dapat arahan daripada mama, mak, mak sedara  dan sepupu perempuan.

Contohnya, bila nak mula beli baju baby, apa yang boleh dan tak boleh buat ketika pregnant, dan macam-macam lagi lah. Ye lah kan, kita yang pertama kali memang kurang ilmu. Tambah-tambah lagi masa tu terkejut dapat tahu berita kehamilan ini. Almaklum, orang kata ni bunting pelamin.





Untuk pengetahuan pembaca semua, keluarga saya memang banyak pantang larangnya. Tetapi saya percaya, pantang larang tersebut untuk menjaga kita daripada perkara yang tidak diingini.


Masa pregnant tu, saya tidak fikirkan apa-apa untuk penjagaan masa berpantang. Yang selebihnya membuat saya risau adalah, siapa nak jaga baby lepas saya turun kerja. Hahahaha.

See, ibu muda seperti saya ketika itu, memang tidak cukup ilmu penjagaan ketika berpantang. Yang saya tahu, ibu berpantang perlu pakai bengkung dan stoking sahaja. Sebab saya pernah melihat ibu saya berpantang ketika beliau melahirkan adik bongsu saya, dan saya ketika itu berumur 17 tahun.


So akhirnya, ketika berpantang, saya memang dijaga oleh mak anjang, iaitu kakak kepada mama saya. Beliau juga yang menjaga mama saya ketika berpantang kelahiran adik saya yang ke 4 dan 5.

Ketika mak anjang jaga, beliau lah yang memasak, mandikan baby, pakaikan bengkung dan urut gosok-gosok. Kadang-kanang, beliau lah yang membasuh baju bayi. Beliau tidak tahu untuk mengurut secara tradisional, so beliau tidak akan mengurut secara tradisional dan sengkak. Sepanjang saya berpantang pun, saya takde bertangas dan bertungku, cuma ada mandian herba jer, itupun dah nak habis pantang baru mandi herba. So, untuk urutan tradisional dan sengkak, kami panggil orang lain yang lebih berpengalaman, iaitu mak bidan.



Ok, pasti ada yang tertanya kenapa dalam masa saya berpantang mak anjang yang jaga, bukan mama mahupun mak?

Ini kerana kedua-dua mama and mak mertua saya bekerja. Kalau nak dikira, memang kurang masa mereka semasa saya berpantang.

Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya ketika berpantang setelah melahirkan Muammar, 4 tahun yang lalu.



So, sekarang dah tahun 2018, jika saya pregnant lagi, macam mana dengan persediaan penjagaan semasa berpantang.


Kemungkinan, kelahiran anak kedua nanti (inshaAllah, doakan saya hamil 😊) pengalaman dan suasana yang berbeza. Mak anjang pun sekarang dah tak berapa sihat. Mama saya pulak masih bekerja. Jika nak berpantang di rumah mama, saya terpaksa tinggalkan rumah. Tinggalkan Muammar dengan si ayah. Dalam masa yang sama, kita perlukan orang tua untuk menjaga kita dengan sempurna. So, banyak benda yang perlu difikirkan.




Mungkin masa nilah servis confinement lady sangat diperlukan. CL mempunyai servis yang hampir lengkap bagi keperluan setiap ibu berpantang dan bayi baru lahir. Servis CL yang selalu ditawarkan adalah seperti :

1. Memasak makanan berpantang
2. Mandi dan penjagaan bayi
3. Bertangas dan bertungku
4. Madian herba
5. Urutan tradisional
6. Urutan sengkak

 So, servis CL ni boleh dikira sebagai all-in-one.

Selain itu, servis CL yang saya pernah dengar juga adalah menyediakan minuman untuk menambahkan susu dan melakukan urutan yang betul untuk melancarkan pengeluaran susu badan.


Servis CL sekarang ni makin mendapat permintaan. Tetapi bilangan CL yang bertauliah tidaklah ramai. "Supply less than demand".  Sebab itulah, TWB ingin mengatasi masalah ini dengan bakal melancarkan Pakej Rawatan Selepas Berpantang TWB.


So, antara confinement lady vs jagaan mak, mana yang you all pilih?

Bukan nak kata jagaan mak tak bagus, tapi biarlah mak kita berehat dan bergembira atas kehadiran cucu baru.



JIKA ANDA HAMIL, DAN MECARI CONFINEMENT LADY
PILIHLAK CL DARI KALANGAN TWB.

NAK TAHU SIAPA? HUBUNGI
FIFIE - 013 5703137



Sunday, 30 September 2018

Pakej Rawatan Selepas Bersalin

Assalamualaikum semua pembaca blog SyafifieSyafiza sekalian. Diharap semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan


Seorang ibu yang bersalin seharusnya diberi rawatan yang sangat istimewa. Penjagaan selepas bersalin janganlah dipandang enteng, walaupun bilangan anak sudah berderet.




Rawatan penjagaan selepas bersalin merangkumi urutan, scrub dan urut lulur, bertangas, bertungku, mandian herba, sauna dan menggunakan bengkung. Semua setiap kepentingan rawatan ini, saya dah ceritakan dalam entry lepas, Kursus Berpantang 2018.


Pakej rawatan ini penting, bukan hanya untuk ibu sahaja, malahan penjagaan terhadap bayi juga. Pakej rawatan berpantang bukan sahaja seperti apa yang saya dah maklumkan dalam entry lepas, ia juga merangkumi makanan yang akan dimakan oleh ibu selepas bersalin ini juga.



Penjagaan selepas bersalin harus dititikberatkan kerana kesan ke atas ibu dan anak yang tidak mendapat penjagaan yang sempurna adalah amat membahayakan. Setiap ibu mempunyai pengalaman berpantang yang berbeza, kerana mereka dari kalangan latarbelakang keluarga yang berbeza dan persekitaran yang berlainan.

Kita sedia maklum, ada ibu yang bersalin secara normal, dan ada yang bersalin secara caesarian. Kesakitan yang dialami kedua-dua ibu ini adalah berbeza. Dan semestinya, cara penjagaan juga seharusnya berbeza.

Jika ibu berpantang tidak diberi rawatan yang sebaiknya, mereka mungkin mengalami gejala tumpah darah, stress, meroyan dan sebagainya. Kadang-kadang, kesan sampingan ini boleh membawa maut.


Sebab itulah penting nya rawatan selepas bersalin ini, semoga setiap ahli keluarga boleh hidup dengan gembira atas kehadiran orang baru.




Okay, dalam Shaklee, kita sendiri mempunyai Set Bersalin dan Set Berpantang, seterusnya Set Menyusu bagi ibu-ibu. Saya sendiri secara pengalamannya, memang mengamalkan set mengandung, bersalin, berpantang dan menyusu Shaklee semasa melahirkan Muammar dulu.

Saya pernah berkongsi kelebihan setiap vitamin dalam entry sebelum ni.
Nutrisi Lengkap untuk Si Ibu dan Bayi.




Dengan kesibukan dunia pada hari ini, untuk penjagaan yang sempurna selepas bersalin. Tidak lah lagi kita dapat mengharapkan ibu, ibu mertua dan nenek. Bagi yang mempunyai ibu yang masih muda, mereka semestinya masih lagi sibuk bekerja. Oleh itu, mereka akan mencari servis Confinement Lady (CL).

Sebut sahaja CL, pasti kebanyakan pembaca tahu apa tugas sebenar CL. Merekalah yang akan memberi servis untuk penjagaan dan rawatan selepas bersalin ini. Servis CL kini sudah menjadi trend dan mendapat permintaan yang tinggi.

CL kini boleh menjadi pendapatan utama bagi yang mengetahui selok belok penjagaan selepas bersalin ini. Sesuai dengan kelengkapan dan persedian selain daripada ilmu penjagaan yang sangat tinggi.


Sebab itu lah, inshaAllah tidak lama lagi, TWB akan melancarkan pakej penjagaan selepas bersalin, dimana beautician TWB bukan sahaja akan fokus pada spa, malahan ilmu dapat diupgrade untuk menjadi Confinement Lady yang bertauliah.




JIKA ANDA INGIN MEMILIKI SPA SENDIRI DAN INGIN MENJADI SEORANG CONFINEMENT LADY YANG BERTAULIAH,

BOLEH HUBUNGI,
FIFIE - 013 570 3137



Tuesday, 4 September 2018

Kursus Berpantang 2018

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hai semua. Saya ada berita gembira untuk semua.

Terutamanya, sesiapa yang berniat dah adakan spa atas nama sendiri tu.

Ok, last month, founder TWB kami, Master Ainul ada buat satu announcement, dimana spa TWB  akan bertambah satu lagi module, iaitu module PAKEJ BERPANTANG.


Kita lihat sahaja hari ini, kebanyakan ibu-ibu muda, selepas bersalin mereka akan mencari Confinement Lady (CL) untuk menjaga dan membantu mereka semasa berpantang. Ibu muda sekarang, lebih cenderung untuk berpantang di bandar berbanding di kampung. Ini adalah disebabkan, mereka kebanyakannya tidak mahu balik ke kampung, meninggalkan anak-anak yang lain, hanya bersama suami mereka. Suami pun, bukan nya dapat nak cuti sepanjang tempoh mereka berpantang, dan juga anak-anak yang lain juga turut bersekolah. Anda setuju dengan pendapat saya?


Kadang-kadang, ibu mereka dari kampung, diajak tinggal bersama di bandar, untuk membantu mereka dalam tempoh berpantang tersebut. Bagi ibu yang bersetuju, Alhamdulillah. Tapi kebanyakan ibu itu sendiri, tidak tahan meninggalkan kampung halaman dengan lebih lama, kerana mereka asyik memikirkan kebun tanaman dan haiwan peliharaan di kampung. So berapa lama ibu kita akan tinggal dengan ibu muda ini dalam tempoh berpantang?

Selai itu juga, ibu kepada ibu muda ini zaman sekarang juga masih bekerja. Mana tidaknya, di Malaysia sahaja, umur persaraan sudah naik sehingga 60 tahun. So, bila kita bersalin dan berpantang, ibu kita pula asyik dengan tugas di tempat kerja. Takkan kita nak beliau berhenti kerja untuk menjaga kita dalam tempoh berpantang tersebut kan?


Yes, ada sesetengah ibu sanggup untuk menjaga anak nya berpantang. Tapi adakah ibu cukup sihat untuk menjaga dan membantu menguruskan kita semasa berpantang? Larat ke mereka, nak pakaikan bekung, masak makanan berpantang, dan mandikan bayi baru lahir?


So, oleh disebabkan reasons tersebut lah, maka ramai wanita di luar sana, menjadikan mengambil Kursus Berpantang untuk menjadi CL ini. Mengambil CL dalam tempoh masa kita berpantang telah menjadi trend pada masa kini. Tanya sahaja Mr. Google mengenai CL dan pakej berpantang, hampir seluruh negara ada jawapannya.

Dalam berpantang, perkara harus dilakukan adalah seperti berikut :

  • Urutan bersalin 
  • Lulur dan scrub
  • Bertangas
  • Mandi sauna
  • Mandian herba
  • Bertungku
  • Memakai bengkung, param dan pilis

URUTAN SELEPAS BERSALIN
melancarkan peredaran darah dan menajdikan seluruh badan rasa ringan dan selesa

BENGKUNG
melindugi organ dalaman, dan membolehkan rahin cepat kecut dan mengetatkan bahagian perut yang menggeleber



TUNGKU
mengecutkan rahim, memecahkan lemak dan mengembalikan tubuh badan kepada asal

LULUR & SCRUB
menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah, menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan

PARAM & PILIS
menghaluskan dan melicinkan kulit, mengelakkan badan masuk angin dan mengurangkan panas di kepala

TANGAS
mengecutkan bengkak disebabkan proses bersalin serta merawat bahagian intim wanita



MANDI HERBA
menyegarkan badan, mengatasi masalah kebas, melancarkan peredaran darah, membuang angin, melembutkan urat saraf, mengurangkan sengal tulang, sendi dan otot


So, bagi ibu berpantang, adakah anda rasa, anda yakin dapat melakukan semua ini bersendirian?


Dalam pakej berpantang juga, CL bukan sahaja fokus kepada ibu berpantang, mereka juga membantu dalam menyediakan makanan berpantang ibu. CL juga membantu memberi mandi, membuat urutan dan tungku kepada bayi.

Ada juga pakej berpantang yang extraordianary punya task, seperti mengemas rumah, mencuci pakaian ibu dan bayi, menjaga bayi, dan membantu menguruskan anak-anak yang lain.

Pakej berpantang yang saya nyatakan tadi, harganya bermula dari RM1500 untuk seminggu.

Wowww, itu sejumlah wang yang kita keluarkan untuk berpantang.


Cuba bayangkan, jika kita sendiri yang menjadi CL, mungkin kita juga mendapat sejumlah wang yang sama. Hihihi.


So, dalam kebanyakan aktiviti berpantang, saya suka untuk tekankan mengenai urutan selepas bersalin. Antara kepentingan urutan selepas bersalin adalah seperti :
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengeluarkan darah kotor
  • Mengeluarkan angin dalam badan
  • Mengecutkan rahim
  • Menyegarkan badan
  • Membantu merangsang sel-sel susu supaya lancar

Dalam Shaklee, terdapat juga SET HAMIL dan SET BERPANTANG, untuk penjagaan daripada dalam. Yang bestnya, set hamil dan set berpantang daripada Shaklee ini adalah dari vitamin yang hampir sama keseluruhannya, cuma berbeza dalam 1 or 2 item sahaja. So, tiada istilah pembaziran dalam konteks ini, kerana jika tidak sempat habis makan vitamin semasa mengandung, boleh continue vitamin yang sama semasa berpantang.

Jika habis berpantang, vitamin tu tak habis juga? Boleh continue untuk menyusu dan makanan harian kita.

Saya pernah ceritakan mengenai vitamin SET HAMIL, BERPANTANG DAN MENYUSU. Jemput baca ya !


So, selepas membaca perkongsian saya ni, adakah anda juga ingin menjadi seorang Confinement Lady?

Jika jawapan anda YA, jangan segan dan silu hubungi 
FIFIE, 0135703137


Thursday, 16 August 2018

Hebatnya Facial dengan Team Spa TWB

Pembaca blog Syafifie Syafiza sekalian. Semestinya entry saya akan cerita pasal TWB.


Yes, dengan confident dan yakinnya, saya katakan, bila facial dengan team spa TWB adalah sangat HEBAT dan MANTAP.


Team TWB berada di seluruh Malaysia. Ada juga yang dari Singapura, Brunei, Dubai dan Australia. So, tidak ada masalah jika anda nak katakan, spa TWB tiada di tempat anda.


Semuanya mengamalkan konsep home and mobile spa, dimana team spa TWB bermula dengan spa tanpa kedai. Tidak kira dimana jua, anda boleh menetapkan temujanji dengan team TWB. Walhal, ketika team TWB bercuti pun, masih boleh melakukan facial TWB.




Yang menariknya jugak, spa TWB menggunakan produk yang sememangnya hebat dan berkesan. Ianya adalah produk natural Youth Shaklee. Produk yang telah melalui ujian klinikal selama 8 tahun sebelum dikeluarkan. Youth juga menjaminkan penggunanya akan menjadi 10 tahun lebih muda.




Dengan facial spa TWB, beberapa customer dengan gembiranya ulangi dan set next appointment dengan team TWB.


Jerawat halus di dahi mengecut dan hilang setelah berfacial dengan team TWB.


 Jeragat dan bintik hitam berkurang.


Muka lebih nampak berseri setelah bermanja diri dengan facial TWB.

"Spa TWB takde kedai, ada yang takde aircond. Kami pun takde katil spa and bath tub. Tapi kami ada produk NATURAL, HEBAT dan MANTAP untuk anda semua."


Lebih banyak lagi testimoni and positif feedback daripada ahli TWB.

Jika anda inginkan hasil yang sama, setkan appointment dengan RiZa De Beauty dengan kadar segera di talian 013 570 3137







Wednesday, 8 August 2018

Bisness Mobile Spa TWB

Assalamualaikum. Salam sejahtera pembaca blog Syafifie Syafiza. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dalam lindungan Allah Taala.


Seperti yang saya dah share dalam entry lepas, TWB is The Glamorous Mobile Spa.

Dalam entry tersebut, saya ada menyatakan mobile spa sudah menjadi trend pada masa kini.

TWB mengamalkan konsep Home and Mobile Spa.

Apa yang boleh didefinisikan di sini, spa TWB adalah spa yang mudah alih dan tidak fixed pada satu tempat sahaja. Ia merupakan bisnes spa yang boleh berada di tempat yang selesa atas persetujuan pelanggan dan beautician. Bila kedua-dua pihak dah berasa selesa dengan suasana yang dipilih, maka perkhidmatan yang akan diberikan adalah yang sangat baik, dan akan memberi kepuasan yang sangat tinggi terhadap pelanggan. Setuju ke setuju?



Bisnes mobile spa juga adalah sangat flexible dan convenient. Urusan akan berlaku semestinya jika ada permintaan.

Kelebihan utama mobile spa adalah boleh membuat bisnes spa dimana sahaja berada. Tidak kira samada ketika melancong, balik kampung, reunion sekolah, di tempat kerja dan sebagainya.


*Antara booth mobile spa TWB di shopping mall*

Dan, bisnes mobile spa TWB juga sangat mudah dan murah, kerana dalam satu rumah contohnya, boleh berikan servis kepada ramai orang sekaligus.

Dengan mobile spa TWB, kita akan dapat instant cash daripada servis yang kita beri. Bayangkan dalam masa 30minit hingga 1jam sahaja, kita boleh dapat instant cash sekurang-kurang RM50-RM100 daripada seorang pelanggan sahaja. 





Ok now, cuba bayangkan, kita buat servis 1jam untuk satu orang, dalam rumah tu, ada 5 orang nak guna servis yang kita beri. Dan kita guna 5jam. Berapa RM yang kita dapat. Cer kira. Cer kira.

Haaaa, banyak kan instant cash yang kita akan dapat dalam masa 5 jam tu.

Beberapa gambar diatas adalah hasil instant cash daripada mobile spa TWB dalam beberapa jam sehari.


Fuhhhhh, anda nak ke ada "kipas duit" macam tu?
Nak tahu macam mana mereka buat?

Jom tanya Fifie.
013 570 3137





Saturday, 4 August 2018

TWB The Glamorous Mobile Spa

Mobile spa telah menjadi trend pada hari ini.

Salah satu spa yang berkonsepkan mobile adalah The Walking Beauty (TWB).

TWB kini sudah berada di seluruh Malaysia. Malahan, jugak sudak di peringkat antarabangsa. TWB kini bergerak maju di Brunei, Dubai, Mesir, UK, Australia, Indonesia dan terbaru di New Zealand.




TWB mengamalkan konsep mobile kerana ia sangat mudah dan menjadi fenomena masa kini. Ia sangat memudahkan para pelanggan terutamanya dalan pengurusan masa.

Konsep mobile diamalkan juga mengurangkan kos bagi owner spa sendiri. Dapat mengurangkan kos sewa dan sebagainya.

TWB merupakan mobile spa yang glamour, kerana ianya sudah dimiliki oleh 300 lebih beautician dan terbaru ini, 66 beautician baru dalam masa sebulan sahaja. Para beautician TWB juga terdiri daripada pelbagai golongan latarbelakang samada yang berkerja mahupun tidak.

Sebut sahaja TWB, ia pasti sangat dikenali kerana ia adalah mobile spa yang sangat berkesan dan kesemua pelanggan sangat berpuas hati.



TWB is the best.


Sekiranya anda ingin menjadi salah seorang ahli TWB,
jangan lupa hubungi
Syafifie Syafiza
owner RiZa De Beauty
013 570 3137




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...