Sunday 30 September 2018

Pakej Rawatan Selepas Bersalin

Assalamualaikum semua pembaca blog SyafifieSyafiza sekalian. Diharap semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan


Seorang ibu yang bersalin seharusnya diberi rawatan yang sangat istimewa. Penjagaan selepas bersalin janganlah dipandang enteng, walaupun bilangan anak sudah berderet.




Rawatan penjagaan selepas bersalin merangkumi urutan, scrub dan urut lulur, bertangas, bertungku, mandian herba, sauna dan menggunakan bengkung. Semua setiap kepentingan rawatan ini, saya dah ceritakan dalam entry lepas, Kursus Berpantang 2018.


Pakej rawatan ini penting, bukan hanya untuk ibu sahaja, malahan penjagaan terhadap bayi juga. Pakej rawatan berpantang bukan sahaja seperti apa yang saya dah maklumkan dalam entry lepas, ia juga merangkumi makanan yang akan dimakan oleh ibu selepas bersalin ini juga.



Penjagaan selepas bersalin harus dititikberatkan kerana kesan ke atas ibu dan anak yang tidak mendapat penjagaan yang sempurna adalah amat membahayakan. Setiap ibu mempunyai pengalaman berpantang yang berbeza, kerana mereka dari kalangan latarbelakang keluarga yang berbeza dan persekitaran yang berlainan.

Kita sedia maklum, ada ibu yang bersalin secara normal, dan ada yang bersalin secara caesarian. Kesakitan yang dialami kedua-dua ibu ini adalah berbeza. Dan semestinya, cara penjagaan juga seharusnya berbeza.

Jika ibu berpantang tidak diberi rawatan yang sebaiknya, mereka mungkin mengalami gejala tumpah darah, stress, meroyan dan sebagainya. Kadang-kadang, kesan sampingan ini boleh membawa maut.


Sebab itulah penting nya rawatan selepas bersalin ini, semoga setiap ahli keluarga boleh hidup dengan gembira atas kehadiran orang baru.




Okay, dalam Shaklee, kita sendiri mempunyai Set Bersalin dan Set Berpantang, seterusnya Set Menyusu bagi ibu-ibu. Saya sendiri secara pengalamannya, memang mengamalkan set mengandung, bersalin, berpantang dan menyusu Shaklee semasa melahirkan Muammar dulu.

Saya pernah berkongsi kelebihan setiap vitamin dalam entry sebelum ni.
Nutrisi Lengkap untuk Si Ibu dan Bayi.




Dengan kesibukan dunia pada hari ini, untuk penjagaan yang sempurna selepas bersalin. Tidak lah lagi kita dapat mengharapkan ibu, ibu mertua dan nenek. Bagi yang mempunyai ibu yang masih muda, mereka semestinya masih lagi sibuk bekerja. Oleh itu, mereka akan mencari servis Confinement Lady (CL).

Sebut sahaja CL, pasti kebanyakan pembaca tahu apa tugas sebenar CL. Merekalah yang akan memberi servis untuk penjagaan dan rawatan selepas bersalin ini. Servis CL kini sudah menjadi trend dan mendapat permintaan yang tinggi.

CL kini boleh menjadi pendapatan utama bagi yang mengetahui selok belok penjagaan selepas bersalin ini. Sesuai dengan kelengkapan dan persedian selain daripada ilmu penjagaan yang sangat tinggi.


Sebab itu lah, inshaAllah tidak lama lagi, TWB akan melancarkan pakej penjagaan selepas bersalin, dimana beautician TWB bukan sahaja akan fokus pada spa, malahan ilmu dapat diupgrade untuk menjadi Confinement Lady yang bertauliah.




JIKA ANDA INGIN MEMILIKI SPA SENDIRI DAN INGIN MENJADI SEORANG CONFINEMENT LADY YANG BERTAULIAH,

BOLEH HUBUNGI,
FIFIE - 013 570 3137



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...