Monday 15 October 2018

10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB

InshaAllah, tidak lama lagi, dalam Projek TWB, bukan sahaja kita menyediakan Home and Mobile Spa.

Tetapi juga, kita akan sertakan sekali Pakej Berpantang TWB.

Seperti yang telah saya ceritakan dalam entry sebelum ini, Confinement Lady (CL) merupakan salah satu karier yang menjadi demand pada hari ini, terutama permintaannya yang sangat tinggi apabila di bandar-bandar.


Disini saya nak share, keistimewaan pakej berpantang melalui TWB.

1. Confinement Lady yang berpengetahuan dan bertauliah
  • Mereka sebagai CL TWB telah hadir dalam training kursus penjagaan berpantang daripada trainer yang berpengalaman dan bertauliah. Selain itu, CL TWB juga bukan sahaja ada ilmu penjagaan berpantang secara luaran, mereka juga ada ilmu nutrisi dimana ianya sangat penting untuk penjagaan dalaman. Bukti mereka telah hadir kursus penjagaan selepas berpantang adalah, mereka mempunyai sijil yang diiktiraf.



2. Produk yang natural dan selamat

  • Dalam penjagaan berpantang oleh CL TWB, semua peralatan berpantang secara luaran menggunakan barangan yang dijamin selamat dan natural. Contoh nya penghasilan param dan pilis hanya menggunakan prosuk Shaklee. Ia merupakan produk Shaklee yang boleh digunakan secara luaran dan juga selamat untuk dimakan.


3. Mengamalkan Set Berpantang Shaklee
  • Seperti yang saya dah ceritakan tadi, CL TWB bukan sahaja ada ilmu penjagaan berpantang secara luaran, mereka juga mempunyai ilmu nutrisi dimana mereka akan menyediakan jadual pemakanan set berpantang Shaklee. Dengan pengambilan set ini, ibu berpantang akan terasa segar, sihat dan bertenaga. Luka selepas bersalin juga akan cepat pulih. InshaAllah. Ibu juga akan dapat mengawal stress dan penat melalui set berpantang Shaklee.



4. Set Menyusu Shaklee
  • Selain set berpantang Shaklee, ibu yang berpantang dengan TWB juga akan mengamalkan set menyusu Shaklee, dimana, selain penjagaan dalaman ibu untuk proses pemulihan selepas bersalin, ibu juga akan dapat menghasilkan susu badan yang meriah. Oleh itu, bayi akan mudah kenyang dan mendapat susu yang berkualiti daripada ibu. Saya pernah juga ceritakan setiap fungsi vitamin dalam set menyusu Shaklee.



5. Urutan tradisional lahir secara normal ataupun caesarian
  • Penjagaan berpantang ibu yang bersalin secara caesarian dan normal terdapat sedikit perbezaan terutamanya dalam urutan tradisional. Maka, CL TWB mempunyai kedua-dua ilmu urutan tradisional ini.
6. Penjagaan bayi
  • Selain penjagaan ibu ketika berpantang, CL TWB juga melakukan servis penjagaan bayi. Selalunya, ibu berpantang tidak mampu untuk menjaga bayi sendirian. Oleh itu, kehadiran CL yang menjaga ibu, sekaligus menjaga bayinya sekali. Untuk penjagaan bayi, mereka akan menyediakan servis mandi, tuam, urut dan bercukur.


7. Makanan dan minuman ketika berpantang
  • Makanan dan minuman ibu berpantang juga sangat diambil kira. Ibu berpantang perlu jaga makan untuk membolehkan luka semasa bersalin akan pulih dengan cepat. Minuman berpantang adalah untuk memastikan badan ibu sentiasa segar dan sihat serta boleh menghasilkan susu yang banyak, Selain itu, makanan berpantang ini adalah bertujuan untuk mengelakkan masuk angin dan kadang-kadang, jika tersilap makan, ibu berpantang boleh terkena meroyan.


8. Penutup pantang
  • Selain penjagaan berpantang, para CL TWB juga merupakan expertise dalam pakej penutup pantang. Apa yang kami tawarkan adalah facial and face massage, hand and foot spa, sauna, body scrub dan aura milk bath. Kesemua itu akan mengembalikan seri dan kesegaran ibu selepas berpantang ni.


9. Seluruh Malaysia
  • Confinement Lady TWB telah berada di seluruh Malaysia, di setiap negeri. Oleh itu, dimana sahaja anda berada, boleh dapatkan kepastian CL TWB di tempat anda.
10. Harga yang berpatutan dan mampu milik
  • Dengan menggunakan produk yang diyakini selamat, berkesan dan natural, harga yang ditetapkan oleh CL TWB  adalah sangat berbaloi dan berpatutan. Produk yang melebihi beratus kajian setiap tahun untuk dihasilkan.

Inilah 10 kelebihan jika anda memilih Pakej Berpantang TWB.


JIKA ANDA MEMANG BERMINAT UNTUK PAKEJ BERPANTANG TWB, BOLEH HUBUNGI
FIFIE - 013 570 3137
UNTUK SEMAK CL TWB DI TEMPAT ANDA


Monday 1 October 2018

Confinement Lady vs Jagaan Mak

Masa tahun 2014 dulu, bila doktor dah sahkan saya pregnant, orang yang paling gembira selain kami berdua suami isteri, adalah parents dan parents-in-law saya.

Mana taknya, sebelah saya, ini merupakan cucu pertama, dan sebelah suami pulak Muammar merupakan cucu kedua. So memang bilangan cucu belum banyak buat masa tu.




Sepanjang pregnant, saya memang takde plan apa-apa untuk berpantang apa semua. Saya akan mula bertindak kalau dapat arahan daripada mama, mak, mak sedara  dan sepupu perempuan.

Contohnya, bila nak mula beli baju baby, apa yang boleh dan tak boleh buat ketika pregnant, dan macam-macam lagi lah. Ye lah kan, kita yang pertama kali memang kurang ilmu. Tambah-tambah lagi masa tu terkejut dapat tahu berita kehamilan ini. Almaklum, orang kata ni bunting pelamin.





Untuk pengetahuan pembaca semua, keluarga saya memang banyak pantang larangnya. Tetapi saya percaya, pantang larang tersebut untuk menjaga kita daripada perkara yang tidak diingini.


Masa pregnant tu, saya tidak fikirkan apa-apa untuk penjagaan masa berpantang. Yang selebihnya membuat saya risau adalah, siapa nak jaga baby lepas saya turun kerja. Hahahaha.

See, ibu muda seperti saya ketika itu, memang tidak cukup ilmu penjagaan ketika berpantang. Yang saya tahu, ibu berpantang perlu pakai bengkung dan stoking sahaja. Sebab saya pernah melihat ibu saya berpantang ketika beliau melahirkan adik bongsu saya, dan saya ketika itu berumur 17 tahun.


So akhirnya, ketika berpantang, saya memang dijaga oleh mak anjang, iaitu kakak kepada mama saya. Beliau juga yang menjaga mama saya ketika berpantang kelahiran adik saya yang ke 4 dan 5.

Ketika mak anjang jaga, beliau lah yang memasak, mandikan baby, pakaikan bengkung dan urut gosok-gosok. Kadang-kanang, beliau lah yang membasuh baju bayi. Beliau tidak tahu untuk mengurut secara tradisional, so beliau tidak akan mengurut secara tradisional dan sengkak. Sepanjang saya berpantang pun, saya takde bertangas dan bertungku, cuma ada mandian herba jer, itupun dah nak habis pantang baru mandi herba. So, untuk urutan tradisional dan sengkak, kami panggil orang lain yang lebih berpengalaman, iaitu mak bidan.



Ok, pasti ada yang tertanya kenapa dalam masa saya berpantang mak anjang yang jaga, bukan mama mahupun mak?

Ini kerana kedua-dua mama and mak mertua saya bekerja. Kalau nak dikira, memang kurang masa mereka semasa saya berpantang.

Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya ketika berpantang setelah melahirkan Muammar, 4 tahun yang lalu.



So, sekarang dah tahun 2018, jika saya pregnant lagi, macam mana dengan persediaan penjagaan semasa berpantang.


Kemungkinan, kelahiran anak kedua nanti (inshaAllah, doakan saya hamil 😊) pengalaman dan suasana yang berbeza. Mak anjang pun sekarang dah tak berapa sihat. Mama saya pulak masih bekerja. Jika nak berpantang di rumah mama, saya terpaksa tinggalkan rumah. Tinggalkan Muammar dengan si ayah. Dalam masa yang sama, kita perlukan orang tua untuk menjaga kita dengan sempurna. So, banyak benda yang perlu difikirkan.




Mungkin masa nilah servis confinement lady sangat diperlukan. CL mempunyai servis yang hampir lengkap bagi keperluan setiap ibu berpantang dan bayi baru lahir. Servis CL yang selalu ditawarkan adalah seperti :

1. Memasak makanan berpantang
2. Mandi dan penjagaan bayi
3. Bertangas dan bertungku
4. Madian herba
5. Urutan tradisional
6. Urutan sengkak

 So, servis CL ni boleh dikira sebagai all-in-one.

Selain itu, servis CL yang saya pernah dengar juga adalah menyediakan minuman untuk menambahkan susu dan melakukan urutan yang betul untuk melancarkan pengeluaran susu badan.


Servis CL sekarang ni makin mendapat permintaan. Tetapi bilangan CL yang bertauliah tidaklah ramai. "Supply less than demand".  Sebab itulah, TWB ingin mengatasi masalah ini dengan bakal melancarkan Pakej Rawatan Selepas Berpantang TWB.


So, antara confinement lady vs jagaan mak, mana yang you all pilih?

Bukan nak kata jagaan mak tak bagus, tapi biarlah mak kita berehat dan bergembira atas kehadiran cucu baru.



JIKA ANDA HAMIL, DAN MECARI CONFINEMENT LADY
PILIHLAK CL DARI KALANGAN TWB.

NAK TAHU SIAPA? HUBUNGI
FIFIE - 013 5703137



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...