Friday, 15 March 2019

Mobile Spa Bantu Wanita Jana Pendapatan

Assalamualaikum semua. Hehehe. Kekok pulak kalau entry Fie tak cerita pasal mobile spa.

Almaklum, dah jatuh cinta dengan my part time job ni.

RIZA DE BEAUTY, HOME AND MOBILE SPA.

Haaaaa. Itu lah nama spa Fifie.


Ok, tak nak cerita panjang, berbalik dengan topik yang saya nak share hari ini.

MOBILE SPA BANTU JANA PENDAPATAN WANITA.

Caya tak caya?

Anda kena percaya yer.

Sebab, bukti memang dah di depan mata.



Hanya menjalankan mobile spa sebagai part time job, mereka mampu untuk mendapat RM200 sehari serta permintaan yang sangat tinggi. 


Suri rumah ini telah membuat pilihan yang sangat bijak. Mampu membeli handphone dan hadiahkan kepada suami. 




Tidak sampai sehari, pendapatan sangat-sangat lumayan.


Dengan skills yang mudah, mampu menjana pendapatan yang mewah.


Kerja kurang daripada sehari lebih banyak menjana pendapat berbanding kerja lebih masa dalam sehari



Haaaaa. Kan terbukti, mudahnya jana pendapatan melalui mobile spa. 


If you all nak join and nak dapat income kepuk-kepuk macam ni, boleh hubungi Fifie


Siti Nur-Syafiza @ Syafifie Syafiza
Owner and founder Riza De Beauty
013 570 3137





Thursday, 7 March 2019

Part Time Job Mobile Spa

Hai semua. Kebanyakan orang sekarang ni, mencari jalan lain untuk mendapatkan side income dengan melakukan pelbagai part time job.

Bila ditanya mengapa susah payah nak melakukan part time job. Kebanyakan jawapan mereka adalah peningkatan kos sara hidup sekarang ini.


Jika mengharapkan satu sahaja pendapatan memang sangat tidak mencukupi.


Ok, kalau sebut sahaja part time job, apa pekerjaan yang bermain di fikiran anda?

Pastinya salesgirl/boy, kedai bakery, grab dan sebagainya kan.

Pernahkah anda terfikir tentang jadikan Mobile Spa sebagai senarai part time job?

Haaaa, sekarang ni, bolehlah jadikan ia sebahagian dalam senarai anda.


Okay kenapa saya katakan, kita boleh pergi jauh dengan Mobile Spa, terutamanya Mobile Spa TWB.

1. PERCUTIAN KE LUAR NEGARA

Semenjak TWB ditubuhkan, mereka pernah pegi ke Maldives, Perth dan inshaAllah ke New Zealand.





Kebanyakan mereka pergi hanya menggunakan tabungan yang mereka peroleh sebagai part time mobile Spa TWB.


2. BILA-BILA MASA KESESUAIAN DENGAN ANDA.

Alumni TWB mempunyai latar belakang yang berbeza. Mereka mampu untuk melakukan mobile spa tanpa mengabaikan kerja hakiki mereka, malah selepas selesai kerja hakiki.





3. MOBILE SPA HIGH DEMAND

Mobile spa juga sangat high demand kerana hampir setiap hari, memang ada sahaja permintaan untuk mendapatkan servis mobile spa.





4. INCOME YANG LUMAYAN

Hanya bekerja paling kurang 30 minit sehingga 1 jam, mobile spa boleh dapat mendapatan paling sedikit pun RM50. So, jika kita dapat bekerja 8jam sehari, tidak mustahil jika part time 4 jam sehari kan.







Saya hanya tekankan beberapa point sahaja untuk alasan yang kukuh untuk anda jadikana mobile spa as a part time job.


Jika anda tercari-cari part time job yang memudahkan anda mudah mencari pendapatan, biar saya tunjukkan caranya.


Hubungi
Siti Nur-Syafiza @ Syafifie
013 570 3137
syafifie.syafiza@gmail.com
Pemilik dan pengusaha
RiZa De Beauty, Home and Mobile Spa



Sunday, 10 February 2019

Kursus Mobile Spa Termurah 2019

Hai semua. Selamat kembali membaca entry di blog SyafifieSyafiza.


Kali ini, saya nak ceritakan mengenai dan pakej yang ada dalam mobile spa TWB ni.


The Walking Beauty (TWB) dah mula ada sejak tahun 2015 lagi. Dan sehingga kini ia masih ada.

Pakej yang ditawarkan berubah mengikut masa, kesesuaian dengan keperluan masyarakat pada hari ini.


Ok, sebenarnya, kursus mobile spa TWB ini sangatlah murah.

Harganya hanyalah RM2999.

Apa? You kata RM2999 tu mahal?

Ok, sila baca sampai habis apa yang you all akan dapat dengan pakej ni.


*🌷PAKEJ TWB : RM2,999🌷*




Dengan menyertai Kursus Mobile SPA TWB, anda akan dapat belajar semua kursus di bawah:-

🌸1. How To Setup And Running Your Home & Mobile SPA

🌸2. Facial Relaxing Treatment

🌸3. Herbs Sauna

🌸4. Body Scrub And Lulur

🌸5. Aura Milk Bath

🌸6. Hand And Foot SPA

🌸7. FREE Optional Courses!

a. Face Analysis
b. Body Analysis
c. Style Personality Test
d. Overall Image
e. Basic Hijab Styling
f. Basic Make Up Training

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷



Selain kursus di atas, anda juga dibekalkan dengan kelengkapan untuk memulakan bisnes Home And Mobile SPA anda iaitu:-

✅1. Sijil Penyertaan TWB
✅2. Shaklee SPA Products (Youth Skincare Complete Set, Scrub, Masker)
✅3. Shaklee Beauty Set
✅4. Keahlian Shaklee PERCUMA (Starter Kit)
✅5. Professional SPA Trolley Bag
✅6. Ion Massage
✅7. Basic Skin Analyzer
✅8. SPA Trial Kit
✅9. Taining Manual
✅10. Personal Coaching & Practical Training Session with TWB Certified Trainer
✅11. Support Group (Online dan Offline)
✅12. Career Development in Spa Industry
✅13. Peluang jana pendapatan dari 6 Penjuru Income TWB


Kursus MakeOver jugak you all akan dapat.


Dan hasil daripada MakeOver360 tersebut. Tadaaa. 




Haaaaa, banyak kan you all akan dapat.

Kalau ikutkan di luar sana, semua kursus ni sekurang-kurangnya berharga lebih daripada RM5000.


Tapi dalam TWB, its only RM2999.

Kami gelar pakej ni "PAKEJ SERET BEG".


Manakan tidak, semasa training, semua keperluan spa you all sudah tersedia.

Lepas sahaja training, boleh terus dapatkan customer.

Jangan risau dengan imcome spa TWB. Kita ada 6 penjuru income.

Jemput baca : Testimony buat duit dengan spa TWB

Ohh ya, training untuk spa TWB ni bukan ramai-ramai tau. Ianya one-to-one and hand-on.


Ok, saya dah ceritakan mengenai Kursus Mobile Spa Termurah 2019, iaitu Mobile Spa TWB.

Kalau you all nak jadi salah seorang yang memiliki spa dengan nama sendiri, klik SPATWB untuk info lebih lanjut.

Wednesday, 6 February 2019

Impian Saya Pada Tahun 2019

"BILA IMPIAN SEBESAR GAJAH, HALANGAN PASTI MENJADI SEKECIL KUMAN"

Inilah kata-kata motivasi yang hampir dipegang oleh semua orang yang telah berjaya.





Sahabat sekalian, BERMIMPI itu percuma. Kita ada 2 pilihan untuk mimpi kita tu.

1. Tukarkan mimpi menjadi IMPIAN YANG TERLAKSANA.

ATAU

2. Biarkan MIMPI jadi ANGAN-ANGAN KOSONG dan KHALAYAN semata-mata.


Alhamdulillah. Apa yang pernah saya impikan sebelum ini, ada juga yang terlaksana.

Saya pernah buat sharing mengenai IMPIAN YANG TERLAKSANA melalui FB.

Jemput klik dan baca : MIMPI ITU PERCUMA.


Semua itu telah pun berlalu.

So, IMPIAN SAYA UNTUK TAHUN INI APA PULAK YER?


1. MENINGKATKAN INCOME SPA DAN SHAKLEE

Yes, saya akui seperti kebanyakan orang lain. Bila MAKAN GAJI ni, duit tu bukan sekadar cukup makan. Ada kalanya memang tak cukup. Apatah lagi mmebantu orang lain.

Selalu saya bercerita dengan orang sekeliling, SAYA NAK JADI KAYA.

Tahu apa diorang jawab?
"Bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang. Buat apa nak kaya sangat. Nanti paling lambat masuk syurga."

Saya pekakkan telinga, sebab saya pasti mentor saya ajar.

"KITA PERLUUUU JADI KAYA, BUKAN HANYA UNTUK DIRI SENDIRI, TETAPI UNTUK KELUARGA DAN MANFAATKAN HIDUP ORANG LAIN"

Bila orang perlukan bantuan, saya ingin menjadi orang yang pertama membantu.



2. MENUNAIKAN UMRAH

Tempat yang sangattttt ingin dipergi oleh semua umat Islam adalah Madinah dan Mekkah sambil beribadat menunaikan haji dan umrah.

Semoga impian ini tercapai pada tahun 2019 ni. Aamiin.



3. TRAVEL KE TEMPAT YANG DIINGINI BERSAMA KELUARGA BESAR

Beberapa tempat telah keluarga kecil kami lawati. Juga ada beberapa tempat yang saya ingin pergi dari dulu.

Tapi disebabkan ada faktor tertentu, tempat yang ingin dilawati masih menjadi impian.



4. MENGGANDAKAN AMAL IBADAH

5. MENINGKATKAN TABUNGAN MAMA BAPAK

6. MENYEBARKAN AURA POSITIF KEPADA SEMUA ORANG.


Ini semua merupakan IMPIAN 2019 saya.





Semoga apa yang kita semua impikan pada tahun ini, menjadi kenyataan. Aamiin.





Saturday, 2 February 2019

Why I Love TWB Family

Hai semua.

Belum terlambat lagi Fie nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Dan esok lusa pulak Tahun Baru Cina yer.


Dah nampak kemeriahan persedian sambutan tahun baru cina di mana-mana mall.


Ohhhh ya, di tahun baru 2019 ni jugak, TWB menawarkan pakej baru, bagi yang berminat memiliki spa dengan nama sendiri.





Okay, kalau siapa pernah dengar Fifie pernah buat FBLIVE last year pasal TWB IS OUR FAMILY.

Inilah yang Fie nak cerita berkenaan tajuk ni.

Why I ❤️ TWB Family

Dalam apa juga yang kita lakukan sekalipun, penting nya support yang positif daripada orang sekeliling kita. Supaya kita dapat bergerak lebih maju ke hadapan.

Inilah salah satunya kelebihan TWB, kami mempunyai support group walaupun masing-masing mempunyai spa atas nama sendiri.

Ilmu dikongsi secara percuma.
Ilmu dikongsi secara sukarela.
Walaupun hanya seorang yang bertanya, tapi ilmu dikongsi untuk semua.


Pernah seorang daripada Alumni TWB ni berkongsi cerita, sebelum ni beliau pernah join ***** dan menyediakan servis facial. Tapi selepas itu, beliau terkapai-kapai, tak tahu apa yang nak dilakukanseterusnya.


Alhamdulillah, terima kasih buat founder TWB, Master Ainul, sebab selain menyediakan training dan modul terbaik untuk kami Alumni TWB, beliau juga menyediakan support group buat kami yang serius berbisnes SPA TANPA KEDAI ni.

Inilah Master Ainul kami. Cantikkan orangnya. 


Tak kira orang baru, orang lama, orang muda, si ibu, si isteri dan anak dara, masing-masing berkongsi cerita dan ilmu tanpa mengira keuntungan buat diri mereka. InshaAllah, Allah yang akan membalas jasa mereka.


Why I ❤️ TWB Family

Tidak lokek dengan tips marketing.
Tidak lokek dengan tips kecantikan.
Tidak lokek dengan tips handle customer.


Hari demi hari, kami bakar semangat sesama sendiri dengan "melaporkan"  aktiviti spa masing, dengan "menunjukkan" hasil perolehan daripada spa masing-masing


Yes, inshaAllah, kami tiada rasa iri hati sesama sendiri. Kami tidak akan sempat rasa "down". 

This is Why I ❤️ TWB FAMILY.




Anda nak rasa apa yang saya rasa? 
Anda nak jadi sebahagian daripada Alumni TWB? 

Peluang terbuka luas untuk anda membuka spa tanpa kedai atas nama sendiri. 

Nak tahu cara nya? 

KOL or WHATSAPP
FIFIE 013 570 3137 







Monday, 15 October 2018

10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB

InshaAllah, tidak lama lagi, dalam Projek TWB, bukan sahaja kita menyediakan Home and Mobile Spa.

Tetapi juga, kita akan sertakan sekali Pakej Berpantang TWB.

Seperti yang telah saya ceritakan dalam entry sebelum ini, Confinement Lady (CL) merupakan salah satu karier yang menjadi demand pada hari ini, terutama permintaannya yang sangat tinggi apabila di bandar-bandar.


Disini saya nak share, keistimewaan pakej berpantang melalui TWB.

1. Confinement Lady yang berpengetahuan dan bertauliah
  • Mereka sebagai CL TWB telah hadir dalam training kursus penjagaan berpantang daripada trainer yang berpengalaman dan bertauliah. Selain itu, CL TWB juga bukan sahaja ada ilmu penjagaan berpantang secara luaran, mereka juga ada ilmu nutrisi dimana ianya sangat penting untuk penjagaan dalaman. Bukti mereka telah hadir kursus penjagaan selepas berpantang adalah, mereka mempunyai sijil yang diiktiraf.



2. Produk yang natural dan selamat

  • Dalam penjagaan berpantang oleh CL TWB, semua peralatan berpantang secara luaran menggunakan barangan yang dijamin selamat dan natural. Contoh nya penghasilan param dan pilis hanya menggunakan prosuk Shaklee. Ia merupakan produk Shaklee yang boleh digunakan secara luaran dan juga selamat untuk dimakan.


3. Mengamalkan Set Berpantang Shaklee
  • Seperti yang saya dah ceritakan tadi, CL TWB bukan sahaja ada ilmu penjagaan berpantang secara luaran, mereka juga mempunyai ilmu nutrisi dimana mereka akan menyediakan jadual pemakanan set berpantang Shaklee. Dengan pengambilan set ini, ibu berpantang akan terasa segar, sihat dan bertenaga. Luka selepas bersalin juga akan cepat pulih. InshaAllah. Ibu juga akan dapat mengawal stress dan penat melalui set berpantang Shaklee.



4. Set Menyusu Shaklee
  • Selain set berpantang Shaklee, ibu yang berpantang dengan TWB juga akan mengamalkan set menyusu Shaklee, dimana, selain penjagaan dalaman ibu untuk proses pemulihan selepas bersalin, ibu juga akan dapat menghasilkan susu badan yang meriah. Oleh itu, bayi akan mudah kenyang dan mendapat susu yang berkualiti daripada ibu. Saya pernah juga ceritakan setiap fungsi vitamin dalam set menyusu Shaklee.



5. Urutan tradisional lahir secara normal ataupun caesarian
  • Penjagaan berpantang ibu yang bersalin secara caesarian dan normal terdapat sedikit perbezaan terutamanya dalam urutan tradisional. Maka, CL TWB mempunyai kedua-dua ilmu urutan tradisional ini.
6. Penjagaan bayi
  • Selain penjagaan ibu ketika berpantang, CL TWB juga melakukan servis penjagaan bayi. Selalunya, ibu berpantang tidak mampu untuk menjaga bayi sendirian. Oleh itu, kehadiran CL yang menjaga ibu, sekaligus menjaga bayinya sekali. Untuk penjagaan bayi, mereka akan menyediakan servis mandi, tuam, urut dan bercukur.


7. Makanan dan minuman ketika berpantang
  • Makanan dan minuman ibu berpantang juga sangat diambil kira. Ibu berpantang perlu jaga makan untuk membolehkan luka semasa bersalin akan pulih dengan cepat. Minuman berpantang adalah untuk memastikan badan ibu sentiasa segar dan sihat serta boleh menghasilkan susu yang banyak, Selain itu, makanan berpantang ini adalah bertujuan untuk mengelakkan masuk angin dan kadang-kadang, jika tersilap makan, ibu berpantang boleh terkena meroyan.


8. Penutup pantang
  • Selain penjagaan berpantang, para CL TWB juga merupakan expertise dalam pakej penutup pantang. Apa yang kami tawarkan adalah facial and face massage, hand and foot spa, sauna, body scrub dan aura milk bath. Kesemua itu akan mengembalikan seri dan kesegaran ibu selepas berpantang ni.


9. Seluruh Malaysia
  • Confinement Lady TWB telah berada di seluruh Malaysia, di setiap negeri. Oleh itu, dimana sahaja anda berada, boleh dapatkan kepastian CL TWB di tempat anda.
10. Harga yang berpatutan dan mampu milik
  • Dengan menggunakan produk yang diyakini selamat, berkesan dan natural, harga yang ditetapkan oleh CL TWB  adalah sangat berbaloi dan berpatutan. Produk yang melebihi beratus kajian setiap tahun untuk dihasilkan.

Inilah 10 kelebihan jika anda memilih Pakej Berpantang TWB.


JIKA ANDA MEMANG BERMINAT UNTUK PAKEJ BERPANTANG TWB, BOLEH HUBUNGI
FIFIE - 013 570 3137
UNTUK SEMAK CL TWB DI TEMPAT ANDA


Monday, 1 October 2018

Confinement Lady vs Jagaan Mak

Masa tahun 2014 dulu, bila doktor dah sahkan saya pregnant, orang yang paling gembira selain kami berdua suami isteri, adalah parents dan parents-in-law saya.

Mana taknya, sebelah saya, ini merupakan cucu pertama, dan sebelah suami pulak Muammar merupakan cucu kedua. So memang bilangan cucu belum banyak buat masa tu.




Sepanjang pregnant, saya memang takde plan apa-apa untuk berpantang apa semua. Saya akan mula bertindak kalau dapat arahan daripada mama, mak, mak sedara  dan sepupu perempuan.

Contohnya, bila nak mula beli baju baby, apa yang boleh dan tak boleh buat ketika pregnant, dan macam-macam lagi lah. Ye lah kan, kita yang pertama kali memang kurang ilmu. Tambah-tambah lagi masa tu terkejut dapat tahu berita kehamilan ini. Almaklum, orang kata ni bunting pelamin.





Untuk pengetahuan pembaca semua, keluarga saya memang banyak pantang larangnya. Tetapi saya percaya, pantang larang tersebut untuk menjaga kita daripada perkara yang tidak diingini.


Masa pregnant tu, saya tidak fikirkan apa-apa untuk penjagaan masa berpantang. Yang selebihnya membuat saya risau adalah, siapa nak jaga baby lepas saya turun kerja. Hahahaha.

See, ibu muda seperti saya ketika itu, memang tidak cukup ilmu penjagaan ketika berpantang. Yang saya tahu, ibu berpantang perlu pakai bengkung dan stoking sahaja. Sebab saya pernah melihat ibu saya berpantang ketika beliau melahirkan adik bongsu saya, dan saya ketika itu berumur 17 tahun.


So akhirnya, ketika berpantang, saya memang dijaga oleh mak anjang, iaitu kakak kepada mama saya. Beliau juga yang menjaga mama saya ketika berpantang kelahiran adik saya yang ke 4 dan 5.

Ketika mak anjang jaga, beliau lah yang memasak, mandikan baby, pakaikan bengkung dan urut gosok-gosok. Kadang-kanang, beliau lah yang membasuh baju bayi. Beliau tidak tahu untuk mengurut secara tradisional, so beliau tidak akan mengurut secara tradisional dan sengkak. Sepanjang saya berpantang pun, saya takde bertangas dan bertungku, cuma ada mandian herba jer, itupun dah nak habis pantang baru mandi herba. So, untuk urutan tradisional dan sengkak, kami panggil orang lain yang lebih berpengalaman, iaitu mak bidan.



Ok, pasti ada yang tertanya kenapa dalam masa saya berpantang mak anjang yang jaga, bukan mama mahupun mak?

Ini kerana kedua-dua mama and mak mertua saya bekerja. Kalau nak dikira, memang kurang masa mereka semasa saya berpantang.

Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya ketika berpantang setelah melahirkan Muammar, 4 tahun yang lalu.



So, sekarang dah tahun 2018, jika saya pregnant lagi, macam mana dengan persediaan penjagaan semasa berpantang.


Kemungkinan, kelahiran anak kedua nanti (inshaAllah, doakan saya hamil 😊) pengalaman dan suasana yang berbeza. Mak anjang pun sekarang dah tak berapa sihat. Mama saya pulak masih bekerja. Jika nak berpantang di rumah mama, saya terpaksa tinggalkan rumah. Tinggalkan Muammar dengan si ayah. Dalam masa yang sama, kita perlukan orang tua untuk menjaga kita dengan sempurna. So, banyak benda yang perlu difikirkan.




Mungkin masa nilah servis confinement lady sangat diperlukan. CL mempunyai servis yang hampir lengkap bagi keperluan setiap ibu berpantang dan bayi baru lahir. Servis CL yang selalu ditawarkan adalah seperti :

1. Memasak makanan berpantang
2. Mandi dan penjagaan bayi
3. Bertangas dan bertungku
4. Madian herba
5. Urutan tradisional
6. Urutan sengkak

 So, servis CL ni boleh dikira sebagai all-in-one.

Selain itu, servis CL yang saya pernah dengar juga adalah menyediakan minuman untuk menambahkan susu dan melakukan urutan yang betul untuk melancarkan pengeluaran susu badan.


Servis CL sekarang ni makin mendapat permintaan. Tetapi bilangan CL yang bertauliah tidaklah ramai. "Supply less than demand".  Sebab itulah, TWB ingin mengatasi masalah ini dengan bakal melancarkan Pakej Rawatan Selepas Berpantang TWB.


So, antara confinement lady vs jagaan mak, mana yang you all pilih?

Bukan nak kata jagaan mak tak bagus, tapi biarlah mak kita berehat dan bergembira atas kehadiran cucu baru.



JIKA ANDA HAMIL, DAN MECARI CONFINEMENT LADY
PILIHLAK CL DARI KALANGAN TWB.

NAK TAHU SIAPA? HUBUNGI
FIFIE - 013 5703137



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...