Assalamualaikum para pembaca blog sekalian. Semoga semuanya beradadalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.
25 Mac lepas, Fie ada hadir bengkel Facial Home and Mobile Spa.
Bengkel tersebut ditrained sendiri by Master Ainul, pengasas The Walking Beauty.
Secara alaminya makhluk Allah bernama perempuan dan wanita amat sukakan kecantikan.
Tidak kira apa cara, asal dapatkan kulit yang cantik dan gebu.Ada yang ikhtiar makan supplement supaya dapat kecantikan dari dalam.Ada yang mencuba skin care, supaya cantik dan flawless dari luaran.
Itulah wanita.
Cantik luar. Cantik dalam.
Okay berbalik kepada Training Facial Home and Mobile Spa.
Alhamdulillah, setelah menghadiri training tersebut.Saya lebih yakin dan percaya.
Perempuan WAJIB cantik.
Saya yang dulunya jarang mementingkan muka, sekarang mulai terdetik perlunya penjagaan muka. Saya yang dulunya jarang berfacial. Sekarang, haruslah utamakan facial.
Saya semakin yakin untuk mencantikkan para wanita disekeliling saya.Saya yang akan lakukan facial sendiri terhadap mereka. Tidak ketinggalan juga lelaki di sekeliling, iaitu suami, ayah dan adik-adik.
Diharap selepas ini, semua wanita di dunia menjaga kecantikan dengan cara yang betul.
Supaya tiada lagi berita mengatakan salahguna produk, ataupun kosmetik kilo yang digunapakai.