Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Saturday, 4 August 2018

TWB The Glamorous Mobile Spa

Mobile spa telah menjadi trend pada hari ini.

Salah satu spa yang berkonsepkan mobile adalah The Walking Beauty (TWB).

TWB kini sudah berada di seluruh Malaysia. Malahan, jugak sudak di peringkat antarabangsa. TWB kini bergerak maju di Brunei, Dubai, Mesir, UK, Australia, Indonesia dan terbaru di New Zealand.




TWB mengamalkan konsep mobile kerana ia sangat mudah dan menjadi fenomena masa kini. Ia sangat memudahkan para pelanggan terutamanya dalan pengurusan masa.

Konsep mobile diamalkan juga mengurangkan kos bagi owner spa sendiri. Dapat mengurangkan kos sewa dan sebagainya.

TWB merupakan mobile spa yang glamour, kerana ianya sudah dimiliki oleh 300 lebih beautician dan terbaru ini, 66 beautician baru dalam masa sebulan sahaja. Para beautician TWB juga terdiri daripada pelbagai golongan latarbelakang samada yang berkerja mahupun tidak.

Sebut sahaja TWB, ia pasti sangat dikenali kerana ia adalah mobile spa yang sangat berkesan dan kesemua pelanggan sangat berpuas hati.



TWB is the best.


Sekiranya anda ingin menjadi salah seorang ahli TWB,
jangan lupa hubungi
Syafifie Syafiza
owner RiZa De Beauty
013 570 3137




Tuesday, 24 April 2018

ALFALFA, RAJA SEGALA TUMBUHAN

Alfalfa adalah tumbuhan herba yang banyak digunakan dalam meningkatkan kehidupan manusia. Tumbuhan ini mempnyai akar yang sangat panjang ked ala, yang mebolehkan ia kaya dengan vitamin penting seperti vitamin B, C, E, kalsium, fosforus dan fiber untuk kegunaan tubuh badan kita.




Alfalfa ditanam tanpa bahan kimia dan akarnya boleh mencecah 20 meter di dalam tanah. Ini membolehkan Alfalfa menyerap mineral dan zat yang ada didalam tanah. Jadi tidak hairanlah jika Alfalfa ni dikenali dengan gelaran Raja Tumbuhan kerana khasiatnya yang sangat tinggi.

Masyarakat dahulu menggunakan Alfalfa sebagai rawatan melegakan ulser, sendi, urin dan membantu memperbanyakkan susu badan.



Kebaikan Alfalfa Shaklee
1. Menyingkirkan toksin
2. Menghilangkan keputihan
3. Meningkatkan hubungan intim
4. Menopaus dan PMS
5. Sebagai milk-booster
6. Menurunkan paras kolesterol
7. Meningkatkan kesihatan tulang
8. Mengatasi masalah bau badan dan mulut
9. Mengelakkan sembelit
10. Sebagai sugar control untuk penyakit diabetis
11. Gout dan sendi
12. Resdung
13. Kesuburan



MENCARI SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN DIRI & KELUARGA TERSAYANG?

Ingin mencuba alternatif semulajadi untuk kesihatan berpanjangan?



FREE CONSULTATION,

AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Syafifie Syafiza
013 570 3137
syafifie.syafiza@gmail.com


VIVIX SI TONIK AJAIB

VIVIX dikenali dengan tonik ajaib dalam Shaklee. Apa yang AJAIB sangat tu?



VIVIX adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan VIVIX begitu unik. Polifenol dalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anit-penuaan semulajadi.



Apakah fungsi VIVIX?

MEMPERBAIKI DNA
Tubuh kita akan mengalami kerosakan DNA setiap hari. Salah satunya adalah disebabkan oleh radikal bebas. Kerosakan ini menyebabkan proses penuaan terjadi terlalu cepat. VIVIX membantu melindungi DNA sekaligus melambatkan proses penuaan tersebut. VIVIX sesuai diambil oleh mereka yang menjalankan kimoterapi bagi pesakit kanser, kerana ia akan membantu mengembalikan sel tubuh kepada keadaannya yang asal.


MEMPERBAIKI TENAGA SEL
Apabila tubuh kita mengalami penuaan, sel dalam tubuh kita kehilangan banyak tenaga. Ia akan menurunkan fungsi sel. VIVIX akan membantu menguatkan sel tubuh kita. VIVIX juga membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. VIVIX membantu mengembalikan keremajaan sel.

MELAMBATKAN PEMBENTUKAN PROTEIN AGE
Protein AGE (advanced Glycation End Products) adalah bendasing yang terhasil akibat daripada leburan GULA dan PROTEIN. Penimbunan berlebihan protein AGE ini boleh menyebabkan kerosakan sel dan ia akan mempengaruhi keutuhan sel dan jangka hayat sel. Ramuan dalam VIVIX ini Berjaya melambatkan pembentukan protein AGE.

KAWALAN GENETIK
Proses penuaan membawa kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Ujian klinikal membuktikan bahawa ramuan VIVIX boleh mengaktifkan satu kawalan genetic utama yang akan membantu memperlahankan penuaan pada tahap sel.




Siapa yang memerlukan VIVIX?
1. Lelaki dan wanita yang berumur 18 tahun ke atas
2. Ingin memiliki badan yang sentiasa sihat dan cergas
3. Mereka yang aktif bersukan
4. Masalah berkaitan mata
5. Pesakit diabetes, darah tinggi, gout, batu karang, fibroid
6. Orang yang sibuk bekerja (sukar untuk mendapat nutrisi yang lengkap)
7. Mereka yang berniat untuk kurangkan berat badan
8. Ingin berusaha untuk berhenti merokok
9. Mereka yang berniat untuk mendapatkan zuriat
Dan banyak lagi mereka yang sesuai untuk mengamalkan VIVIX


MENCARI SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN DIRI & KELUARGA TERSAYANG?
Ingin mencuba alternatif semulajadi untuk kesihatan berpanjangan?

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Syafifie Syafiza
013 570 3137
syafifie.syafiza@gmail.com


Tuesday, 17 April 2018

Modal Minima Buka Spa

Facial dan Spa sekarang menjadi perkara "wajib" bagi setiap wanita. Boleh dikatakan mereka akan spend sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk ke spa. Ini adalah peluang yang terbaik untuk mereka merehatkan diri setelah penat bekerja.

Tetapi apakan daya, kadang-kadang  masa sangat mencemburui mereka. Wanita yang bekerjaya dan berkeluarga, amatlah mempunyai masa yang sangat terhad untuk ke spa. Isnin hingga Jumaat mereka bekerja, Sabtu Ahad pula, peluang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga selain hanya masa tersebut sahaja berpeluang untuk menguruskan kerja-kerja di rumah. Masa untuk ke destinasi spa, peluang untuk mencari parking dan menguruskan anak sebelum ke spa, akan membantutkan mereka yang amat menggemari facial dan spa.



Masalah sebeginilah yang telah difikirkan oleh pengasas The Walking Beauty (TWB). Oleh sebab itulah, TWB ini adalah projek Home and Mobile Spa. Dimana, projek Mobile Spa TWB adalah merupakan projek Spa  Tanpa Kedai. Ini merupakan penyelesaian yang terbaik untuk wanita yang mementingkan kecantikan dan ke spa. Disini, mereka boleh memilih samada para beautician ke rumah mereka ataupun sebaliknya. Para pelanggan boleh memilih sahaja tempat yang mereka selesa.
Seperti yang saya dah nyatakan dalam entry lepas, TWB adalah bisnes yang sangat mudah. Salah satu nya adalah, bisnes TWB ini tidak mempunyai tempat yang khusus, serta tidak memerlukan kos untuk menyewa. Ini bermakna, TWB adalah Spa Shaklee Tanpa Kedai.



Dengan teknologi arus kemodenan sekarang, Spa Tanpa Kedai bukan lagi menjadi masalah. Kami boleh mempromosikan melalui social media seperti Facebook, IG, Twitter dan blog. Lebih mudah apabila, setiap yang dipromosikan akan tersebar seluas-luasnya melalui butang SHARE sahaja. Dengan konsep ini, Spa Tanpa Kedai adalah spa yang paling murah dan mudah diuruskan.

Spa Tanpa Kedai sinonim dengan Mobile Spa. Kemana sahaja pergi, kita boleh menjana duit melalui Mobile Spa. Bercuti bersama keluarga, balik kampung untuk berhari raya, balik kampung untuk majlis kenduri saudara mara. Semuanya pasti menghasilkan duit melalui Mobile Spa TWB.

"Orang lain bercuti menghabiskan duit, Beautician TWB bercuti, sedut duit."





Mobile Spa ni seperti Mobile Phone. Kemana sahaja kita pergi, pastinya kita akan bawa handphone setiap masa kan?

Samalah seperti Beautician TWB.  Kemana sahaja mereka pergi, pastinya peralatan TWB dibawa sekali. Orang stop di tengah jalan, terus mereka cari tempat untuk menjalankan perniagaan.


Betapa mudahnya dan senangnya nak memiliki Home and Mobile Spa sendiri. So, anda yang di luar sana, teringin nak memiliki Spa dengan nama sendiri. Jangan lupa, boleh hubungi Fifie, 013 570 3137. Agen dan beautician diperlukan di seluruh Malaysia.


Saturday, 7 April 2018

Kursus SPA The Walking Beauty 2018

Assalamualaikum.

Salam gorgeous, salam cantik, salam awesome buat semua pembaca blog Syafifie Syafiza.


The Walking Beauty (TWB) merupakan satu project dimana membantu para wanita diluar sana yang ingin memiliki spa sendiri sebagai perniagaan sampingan yang MUDAH, RINGKAS DAN MENARIK dan dalam masa yang sama memberi pulangan yang luar biasa.

Konsep TWB ini merupakan Home and Mobile Spa, iaitu samada pelanggan datang ke rumah ahli TWB, ataupun ahli TWB melakukan spa di rumah pelanggan.

Kursus spa TWB ini HANYALAH RM1999

Yess... RM1999 SAHAJA. Murahkan? Ya, ianya TERLALU MURAH.

Kursus yang dirangkumi dalam TWB ni adalah,
Facial Relaxing Treatment
Body Scrub and Lulur
Sauna Herba
Mandian Aura Susu
Spa Cantik Tangan dan Kaki





Kursus dalam TWB ini hanya boleh dihabiskan dalam setengah hari sahaja. Tujuan utama modul kursus ini dihabiskan dalam masa 3 - 4 jam sahaja, kerana kebanyakan wanita yang menyertai kursus ini adalah wanita yang bekerjaya dan wanita yang berumah tangga.

Pengasas TWB ini merasakan fokus wanita hanya 100% pada tempoh masa tersebut.
Jika modul tersebut dihabiskan dalam masa 2-3 hari, adakah anda sebagai wanita yakin, dalam tempoh tersebut anda tidak memikirkan suami, anak dan rumah?

Selain itu, produk yang digunakan dalam TWB ini merupakan skincare keluaran terbaru dari Shaklee, iaitu Youth Skincare. Produk ini dikeluarkan setelah melalui 8 tahun tempoh ujian klinikal oleh para saintis yang hebat.


Youth merupakan produk yang naturally proven. Jadi dengan yakin, produk ini tidaklah membahayakan pengguna.


Oh ya, setelah tamat menjalani kursus TWB, setiap peserta pastinya akan mendapat SIJIL PENYERTAAN. So, inilah salah satu bukti bahawa kami adalah pemilik spa yang bertauliah.


Jom, siapa yang ingin menjana pendapatan dengan dan ingin memiliki spa tersendiri, jangan malu jangan segan.
Boleh hubungi Fifie di talian 013 570 3137


Friday, 30 March 2018

Saat Magika bersama TWB

Assalamualaikum para pembaca blog sekalian. Semoga semuanya beradadalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.


25 Mac lepas, Fie ada hadir bengkel Facial Home and Mobile Spa.



Bengkel tersebut ditrained sendiri by Master Ainul, pengasas The Walking Beauty.




Secara alaminya makhluk Allah bernama perempuan dan wanita amat sukakan kecantikan.


Tidak kira apa cara, asal dapatkan kulit yang cantik dan gebu.Ada yang ikhtiar makan supplement supaya dapat kecantikan dari dalam.Ada yang mencuba skin care, supaya cantik dan flawless dari luaran.

Itulah wanita.
Cantik luar. Cantik dalam.



Okay berbalik kepada Training Facial Home and Mobile Spa.


Alhamdulillah, setelah menghadiri training tersebut.Saya lebih yakin dan percaya.
Perempuan WAJIB cantik.


Saya yang dulunya jarang mementingkan muka, sekarang mulai terdetik perlunya penjagaan muka. Saya yang dulunya jarang berfacial. Sekarang, haruslah utamakan facial.


Saya semakin yakin untuk mencantikkan para wanita disekeliling saya.Saya yang akan lakukan facial sendiri terhadap mereka. Tidak ketinggalan juga lelaki di sekeliling, iaitu suami, ayah dan adik-adik.


Diharap selepas ini, semua wanita di dunia menjaga kecantikan dengan cara yang betul.


Supaya tiada lagi berita mengatakan salahguna produk, ataupun kosmetik kilo yang digunapakai.



Wednesday, 17 January 2018

CoQ-TROL PLUS : 5 KEPENTINGAN COENZYME CoQ10

Assalamualaikum. Apa khabar semua pembaca blog SyafifieSyafiza.
Diharap semua pembaca berada dalam keadaan sihat hendaknya.


Belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2018.
Semoga azam dan impian tahun ini, tercapai hendaknya.

Aamiin.


Okay, sebenarnya, sempena tahun baru ni, Shaklee ada mempromosikan produk yang diformulasikan baru,

Iaituuuu, CoQ-Trol.

CoQ-Trol ni merupakan sebatian semulajadi dan proprietari dengan Coenzyme Q10, Resveratrol dan Tokoferol. 

Bagi penyerapan optimum ke dalam sel badan manusia, CoQ-Trol juga dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.



KENAPA CoQ10 PENTING?



1. Meningkatkan Tenaga
CoQ10 membantu untuk meningkatkan tenaga dan boleh bertahan lama. Ia turut menyokong gaya hidup seseorang yang sangat aktif, bagi membantu kekal bertenaga sepanjang hari. CoQ10 juga turut membantu mempercepatkan pemulihan luka, kerana tenaga yang cukup dibekalkan kepada sel agar diperbaharui dengan cepat.




2. Peredaran Darah Sihat
CoQ10 juga paling banyak berada di jantung, kerana disitu paling banyak guna tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ia menyokong fungsi jantung yang sihat dan mengurangkan risiko penyakit jantung. CoQ10 turut membantu menguatkan otot pada jantung dan tahap tenaga yang semakin baik untuk mereka yang mengambil statin.



3. Kesihatan Kesuburan
CoQ10 bertindak sebagai antioksidan bagi melindungi sperma daripada kerosakan radikal bebas dan meningkatkan jumlah sperma. Semakin banyak Coewnzyme CoQ10 dalam mitkondria, semakin cepat pergerakan sperma. Mitokondria ini paling banyak terdapat di leher sperma. Kepekatan CoQ10 dalam ovum akan meningkatkan tahap tenaga, serta memberi kualiti yang lebih baik untuk pembahagian sel. Jika kedua-dua sprema dan ovum dalam keadaan yang sangat baik, ia akan menjadi peluang yang tinggi untuk persenyawaan.



4. Kulit Berseri
CoQ10 juga terdapat banyak pada permukaan kulit di epirdemis. Ia bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit. CoQ10 di kulit memberi tenaga untuk pembaikan dan penghasilan sel baru, juga memperbaiki antioksidan kulit. Ia akan menjdikan kulit lebih halus, kurang kedutan dan pengekalkan keanjalan kulit. 



5. Ketajaman Minda
CoQ10 memberi bekalan untuk fungsi otak dan menykong daya perhatian serta fungsi sel otak. Usia yang meningkat menyebabkan tahap CoQ10 dalam badan semakin berkurangan. Penyakit Alzheimer disebabkan oleh plak amyloid dalam sel otak. CoQ10 bertindak sebagai antioksidan pelindung neuro, mengurangkan plak amyloid.  Warga tua dan remaja amat memerlukan CoQ10 agar lebih fokus, peka dan meningkatkan daya ingatan.


BAGAIMANA COQ-TROL MEMBANTU?



CoQ-Trol mempunyai 100mg CoQ10 yang diperlukan dalam badan. Ia juga dikombinasikan dengan 2mg Resveraterol yang berfungsi sebagai anti-keradangan dan 5mg Tokeferol sebagai antioksidan.

Lengkapkan CoQ-Trol ni.

Hubungi saya untuk pembelian dan consulation.
013 570 3137


Monday, 28 August 2017

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum semua pembaca blog.

Sihat ke hari ni?


Semoga semuanya sihat dan dimudahkan segalanya.

Alhamdulillah, sejak saya mula berkongsi pengalaman mengamalkan Set Hamil, Set Berpantang dan Set Menyusu, produk ini semakin mendapat sambutan yang baik daripada orang sekeliling.

Disini, saya nak share, sebenarnya produk Shaklee bukan sahaja terhad kepada 3 set itu sahaja. Tetapi, Shaklee mempunyai banyak lagi produk dan vitamin kesihatan yang lain.

Sesuai untuk semua lapisan usia. Kanak-kanak, orang dewasa mahupun orang yang telah berusia.

Produk Shaklee ni, memang sangat sesuai digunakan untuk seisi keluarga.


Okay sebelum saya share, kelebihan yang saya dan ahli-ahli Shaklee dapat selama ini, disini saya nak berkongsi proses untuk menjadi ahli Shaklee.





BAGAIMANA HENDAK MENJADI AHLI SHAKLEE?

Terdapat 2 cara untuk menjadi ahli Shaklee :

1) Yuran pendaftaran hanya RM 69 + postage RM 11 (SM)/ RM 22 (SS). Yuran ini menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual.

ATAU

2) Buat pembelian sebanyak 200 UV (Unit Value), iaitu bersamaan dengan RM 7000 dalam satu resit. Dengan ini, anda akan mendapat keahlian secara PERCUMA (bernilai RM 69) dan juga CASH BONUS (bernilai RM 30+). Anda juga telah dapat membuat penjimatan sehingga RM 100+.


Anda boleh hubungi saya untuk mendaftar, atau gunakan ID Siti Nur-Syafiza (1081875) sebagai SPONSOR.


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Seperti yang telah saya nyatakan di awal entri ini. Sebenarnya banyak kelebihan yang kami nikmati setelah mendaftar sebagai ahli Shaklee.

1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli, dimana ia merupakan penjimatan sebanyak 25% - 40% berbanding harga pasaran. Bila ada promosi khas untuk ahli Shaklee, harga akan jadi jauh lebih murah berbanding retail price.

2) Dapat CASH BONUS hasil daripada pembelian ataupun jualan setiap bulan iaitu 5% hingga 21%. Bagi ahli yang beli untuk makan sendiri dan ahli keluarga pun boleh dapat bonus.


3) Berpeluang membuat bisnes Shaklee, (online dan offline) dengan bantuan MENTOR.

4) Berpeluang ACCESS kepada SPECIAL GROUP kami untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk.

5) Akan dimasukkan ke dalam sebuah group Shaklee di Facebook dan Telegram untuk didedahkan dengan rahsia bagaimana menjalankan business secara online. Di sini juga anda akan dapat membaca Rahsia Kejayaan ramai orang yang berjaya dalam perniagaan online Shaklee.

Dalam group ini, anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat bagi memulakan perniagaan secara online. Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda dah berada dalam group tersebut, bermulalah anda dikelilingi dengan orang yang SUDAH BERJAYA.

Anda tanya 1 soalan, 10 - 20 orang akan menjawab untuk membantu anda. Semua orang nak tarik anda bersama-sama berjaya seperti mereka.

Sebab itulah saya rasakan, senang buat business online ni. Dengan bantuan mentor yang dah expert dan lama dalam perniagaan Shaklee ni.



MAINTAIN POINT DAN KEAHLIAN

Mulai September 2016, yuran keahlian yang anda bayar adalah untuk tempoh 1 TAHUN. Selepas setahun, keahlian kita perlu direnew.

Terdapat 2 cara untuk renewal :

1) Membuat pembelian sebanyak 200UV untuk dapatkan FREE RENEWAL

atau

2) Just bayar RM30 untuk tempoh setahun dan akan menerima e-voucher RM30. Dengan membuat setiap pemberli RM100, boleh lah guna voucher RM10. So, masih lagi dikira sebagai FREE RENEWAL.


Kalau anda cuma nak makan sendiri, anda tak perlu pun untuk maintain points bulanan atau minimum belian. Cuma, gunakan produk dan share dengan orang sekeliling sahaja.


Jika mereka berminat, boleh beli dengan ID anda. Anda boleh beli pada harga yang murah, iaitu 25% lebih murah daripada Retail rice.


Bila ada promosi untuk ahli, anda akan dapat membeli produk tersebut yang auh lebih murah sehingga 40%. Sebenarnya, setiap bulan ada sahaja promosi khas untuk ahli. Promosi ini berubah-ubah mengikut produk.


Tapi, kalau anda ingin mulakan business dan dapat CASH BONUS, barulah anda perlu mempunyai points tertentu setiap bulan.



Akhir kata, SELAMAT DATANG kepada semua ahli Shaklee yang abru mendaftar di bawah naungan MariaFirdaus group dan MamaCilik group.

Jom lebih sihat dengan supplement Shaklee.





Tuesday, 25 July 2017

SET VITAMIN HAJI DAN UMRAH

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Apa khabar pembaca blog syafifiesyafiza sekalian.

Didoakan setiap yang membaca blog ini, sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sempurna untuk menjalankan tugasan harian.


Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.

InsyaAllah.

Tidak lama lagi, ramailah tetamu Allah akan berkumpul di satu tempat.

Pelbagai bangsa.
Pelbagai negara.
Pelbagai latarbelakang.
Pelbagai usia.

Cuma satu yang sama.
Disatukan dalam ISLAM.


Mama dan bapa saya pun antara yang tersenarai menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

*Gambar semasa mengkuti kursus haji perdana*




Pada tahun ini, jemaah haji Malaysia, akan berkampung di tanah Arab selama 52 hari.

Wowww... Lebih lama daripada tahun-tahun sebelum ini.

Semestinya, setiap jemaah haji berazam hendak melakukan ibadah dengan sempurna sepanjang berada di sana.

Pastinya, banyak bekalan ubat-ubatan yang dibawa.

Juga, pastinya, banyak bekalan vitamin untuk penjagaa kesihatan sepanjang mereka berada di sana.

Untuk mama dan bapa, semestinya saya akan bekalkan mereka vitamin Shaklee.

Jom kita lihat, vitamin apa yang bakal dibawa mereka berdua.

1. BCOMPLEX

Jemaah haji sudah pastinya memerlukan tenaga yang lebih dalam melakukan ibadah yang tidak putus-putus. Mereka pastinya menginginkan badan yang sentiasa bertenaga tidak kira dalam apa keadaan sekalipun.

BComplex Shaklee membantu tubuh untuk menjana tenaga. Ia juga membantu membekalkan vitamin B yang lengkap dalam kuantiti seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh badan.

2. VITAMIN C

Perubahan cuaca dalam bilik yang berhawa dingin dan persekitaran luar yang panas, akan menyebabkan para jemaah haji akan mudah dijangkiti demam dan selesema.

Vitamin C adalah baik bagi mengelakkan serangan radikal bebas dan kuman pembawa penyakit dari persekitaran. Ia juga membantu menguatkan sistem tubuh badan daripada terkena serangan penyakit.

3. VITALEA

Selain daripada BComplex, Vitalea juga membantu untuk membekalkan tenaga kepada tubuh dengan kadar yang segera.

Ia merupakan multivitamin yang lengkap dengan 28 mineral yang diperlukan oleh oleh tubuh badan manusia setiap hari, yang sukar diperoleh dari pemakanan harian.

Vitamin ini juga menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh, sera membantu menguatkan tulang dan sistem imunisasi badan.

4. NUTRIFERON

Nutriferon Shaklee merupakan satu formula eksklusif bagi menggalakkan penghasilan interferon semulajadi tubuh.

Interferon ini adalah salah satu elemen dalam badan manusia yang merangsang dan meningkatkan sistem imun.

Ia umpama alarm dalam sistem tubuh untuk membunuh kuman yang merebak dalam tubuh badan manusia.

Jadi, nutriferon sangat penting untuk dibawa oleh para jemaah bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh mereka atas faktor perubahan cuaca yang mendadak.

5. OSTEMATRIX

Kaki adalah antara anggota tubuh badan manusia yang akan memainkan peranan yang sangat penting untuk bakal jemaah haji. Ini adalah kerana , mereka akan melalui pergerakan yang banyak melalui ibadah tawaf, saie, perjalanan dari hotel ke masjid dan sebagainya.

Maka, Ostematrix sangat diperlukan yang juga merupakan makanan bagi kaki. Setiap jemaah haji memerlukan kesihatan yang baik untuk beribadah.

Vitamin ini membantu melegakan lenguh dan sakit badan. Ia juga dapat memberikan tidur yang berkualiti agar apabila bangun pada keesokan harinya, badan akan menjadi segar dan bertenaga. Jadi, tiada masalah untuk meneruskan ibadah yang sempurna.

6. OMEGA GUARD

Kebanyakan jemaah haji adalah mereka yang dah lanjut usia. Mereka mungkin mengalami masalah sering dihadapi adalah sakit lutut dan sendi.

Ini akan membataskan pergerakan jemaah haji yang perlu banyak bergerak untuk tawaf, saie dan sebagainya.

Omega guard yang bersifat antiradang akan membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi. Ia turut berfungsi bagi melambatkan degradasi tulang rawan.


Semoga, dengan bekalan vitamin-vitamin ini.

Didoakan agar kedua-dua mama dan bapa.

Sentiasa diberi kesihatan yang baik
Sentiasa diberi kekuatan.
Sentiasa dipermudahkan segala urusan mereka di sana.


Tidak lupa jugak kepada bakal-bakal haji seluruh dunia.

Semoga mendapat haji yang mabrur.


Monday, 12 January 2015

NUTRISI LENGKAP UNTUK SI IBU DAN BAYI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Syafifie Syafiza.

Saya doakan anda semua sihat hendaknya. Dan dirahmati dan dilindungi Allah setiap masa dalam setiap perlakuan anda.
Juga semoga anda mendapat manfaat dari setiap apa yang saya kongsikan dalam entry kali ini.
Seperti semua maklum, saya baru sahaja mempunyai seorang anak.


Dan sehingga hari ini, masih lagi saya menyusukan beliau dengan susu badan sahaja tanpa campuran susu formula atau susu lembu.

Walaupun sudah hampir 2 bulan saya kembali bekerja, saya tidak gagal untuk membekalkan susu yang terbaik itu buat si manja saya.
Saya sangat berusaha untuk mengikuti perintah Allah yang satu ini.  
Jemput baca Kisah Susu Ibu dalam Al-Quran.


Setelah saya dikurniakan menjadi seorang ibu ni, saya "interview" ibu-ibu di sekeliling mengenai anak-anak mereka; samada menyusu badan atau dah diberinya susu formula.

Rata-rata mereka telah mencampurkan susu formula.
Dan ada juga yang telah putus susu badan walaupun anak mereka belum lagi berusia 6 bulan.

Allahuakbar... Terkilan saya mendengarnya.

Antara punca penyebab mereka melakukan demikian adalah seperti ;
"Susu badan terlalu sikit, baby tak puas menyusu."

"Siang saya bekerja, balik petang dah letih."

"Lecehlah nak mengepam."

"Baby tak mahu menghisap susu badan."

"Susahlah nak tinggalkan kat orang lain."

"Malaslah nak uruskan stok susu."

Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.

So setiap yang berlaku pasti dapat diselesaikan, selagi kita cuba untuk menurut perintah Allah SWT.

+ Jika alasan anda, susu badan terlalu sedikit, ataupun anda merasa letih setelah balik daripada kerja,.
Semua alasan tersebut dapat diselesaikan.

Pelbagai makanan tambahan yang boleh didapati secara tradisional semulajadi mahupun dijual di farrmasi untuk menyelesaikan masalah tersebut.


+ Sekiranya anda bagi alasan, baby tak menghisap susu.

Itu tidak bermakna anda terus menyerah kalah.

Sekarang teknologi pun dah canggih.
Anda boleh jer search di Google ataupun Youtube.

Dalam tu pasti ada pelbagai cara-cara yang betul bagi menyusukan bayi.


+ Jika alasan anda malas dan leceh menguruskan susu bayi,

Penyelesaiannya, tepuk dada tanya iman.

Adakah anda telah mengiku perintah Allah SWT?

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Mengikut pengalaman saya sepanjang menyusukan baby Ammar, masalah keletihan dan kurang susu pada awalnya memang tidak dapat dinafikan.

Set Menyusu Shaklee banyak membantu saya sepanjang tempoh penyusuan ini.



1. Vita-Lea
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Ia sangat diperlukan untuk memastikan tubuh menyerap semua zat dan vitamin penting untuk kesihatan optimum dan mengembalikan kecergasan ibu setelah bersalin.

2. B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh demi menjadikan tubuh lebih bertenaga, ibu lebih fokus, emosi stabil dan membantu menjadikan wajah lebih berseri B-Complex merupakan vitamin anti-stress, terutama bagi ibu yang kurang tidur. jadi, bila tiada stress, penghasilan susu yang berkualiti menjadi lebih baik.

3. Vitamin-C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi ibu dan bayi, serta menjadikan kulit lebih cantik.

4. Zinc Complex
Membantu mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin. Ia juga membantu untuk mempercepatkan penyembuhan luka setelah bersalin.

5. Alfalfa
Raja segala tumbuhan ini merupaka milk booster bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ia turut membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium. ia turut mempercepatkan penghasilan susu ibu.

6. Energising Soy Protein (ESP)
Dalam susu ibu, komposisi utama yang wujud adalah protein. Dengan ESP dapat membantu memekatkan susu, dan bayi akan lebih cepat kenyang. ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu.

Selain itu, ESP membantu ibu memperoleh kesan yang optimun untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi licin, gebu dan anjal.

7. Ostematrix (Kalsium & Magnesium)
Selepas protein, kalsium merupakan komposisi utama dalam tubuh manusia. Kalsium penting untuk penghasilan darah, membina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh badan kita. Kalsium juga membantu mengatasi masalah susu merudum ketika haid dan membantu mengurangkan sakit tulang dan belakang.

Semua kalsium dalam badan ibu disalurkan kepada bayi. Sekiranya ibu mengalami kekurangan kalsium, ini akan menyebabkan ibu midah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang dan gigi luruh.

8. OmegaGuard (EPA dan DHA)
 DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutaman pada otak. Ianya sangat penting dalam perkembangan otak bayi.

Badan bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, selain mendapat DHA daripada susu ibu. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Pakar mencadangkan Omega 3 perlu diambil kepada ibu-ibu yang mengandung dan menyusu. Ini adalah kerana, untuk menambah dan mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Omega 3 juga membantu bagi pembakaran lemak agar ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin.

* Sekiranya, semasa hamil anda telahpun menggunakan Set Kehamilan Shaklee, anda juga menggunakan vitamin-vitamin yang sama dalam Set Menyusu Shaklee. Ini bermakna, telah berlaku penjimatan di situ, sekiranya, terdapat lebihan dalam Set Kehamilan anda.

Pengambilan makanan dengan nutrisi yang lengkap bagi setiap IBU adalah sangat penting.

Jagalah kesihatan diri anda terlebih dahulu agar anda dapat menjaga keluarga anda dengen lebih sempurna.

InsyaAllah.

ANDA SEORANG YANG MEMENTINGKAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN?
INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN SEBANYAK 4 - 5 ANGKA SEBULAN?
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Siti Nur-Syafiza binti Ahmad Saifi
Shaklee ID : 1081875
syafifiesyafiza@gmail.com
013 - 570 3137 (Call, SMS, WhatsApp, WeChat, Telegram)



Friday, 5 September 2014

PENYERAHAN TUGAS SEORANG PENSYARAH

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, ini merupakan entry pertama saya dalam bulan September.


Mulai minggu ini, saya agak free sikit, sebab saya dah direhatkan untuk mengajar.

So sekarang ni, saya just fokus untuk siapkan kerja-kerja di office untuk diserahkan kepada pengganti saya.

Perlu habiskan semua tugasan bagi separuh semester ke-2 ni.

Perlu siapkan soalan kuiz.
Perlu siapkan soalan latihan.
Perlu siapkan soalan peperiksaan akhir.

-----------------------------------------

Opssss, ada yang tertanya-tanya ye apa kerja saya???

Hihihih.

Saya merupakan seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di Kuching.
Dan saya pula mengajar subjek Matematik.



Kolej kami ni menawarkan beberapa jurusan seperti Pengurusan Pertanian (Plantation Management), Kejuruteraan (Engineering), Jahitan (Tailoring), Jururawat (Nursing) dan juga Information Technology.


Dan kesemua jurusan ini, mengambil sekurang-kurangnya 1 subjek Matematik sepanjang pengajian, kecuali Jurusan Jahitan dan Jururawat.


Ehhh...ehh... kenapa nak perlu serahkan tugasan bagai?

Kerana saya tengah menghitung hari untuk menanti kehadiran seorang insan yang bertuah yang telah dikurniakan Allah untuk berjuang bersama kami suami isteri.

Hihih.

In shaa Allah


-----------------------------------------

Berbalik kepada penyerahan tugas saya kepada pensyarah sambilan yang baru.


Saya sebenarnya berasa sangat berat hati.


Ini adalah kerana, saya belum sempat mengenali setiap pelajar saya pada semester ini.
Saya hanya bersama-sama mereka lebih kurang sebulan lebih sahaja.


Even nama mereka pun saya tak sempat ingat semua lagi.


Mereka dalam satu kelas mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama menyebabkan saya sukar untuk mengingati nama-nama mereka.


Kerana, selain daripada nama mereka yang susah untuk disebut, ada yang muka macam Cina, tapi nama Iban...


Ada yang muka Melayu, tapi berbangsa Melanau...


Ini yang menyebabkan saya keliru.

Hihihihi. boleh pulak yerr seorang pensyarah tidak mengingati anak-anak didik nya.


Antara kaum-kaum yang terdapat di Sarawak


Selain itu, untuk serahkan mereka kepada "orang baru" menyebabkan mereka akan mengambil masa untuk mencapai keserasian antara satu sama lain.

Ini akan menganggu kosentrasi mereka dalam kelas.

Mungkin cara pengajaran dan pembelajaran berbeza bagi setiap orang...


Tak palah, saya sangat yakin, kedua-dua pihak, samada pensyarah sambilan tersebut  mahupun pelajar saya akan bekerjasama dengan sangat baik.


Minggu lepas, minggu terakhir bulan Ogos, apabila saya masuk ke satu kelas ni.

Saya ada meninggalkan beberapa pesanan kepada mereka, dan yang paling ketara terjelas kekecewaan di raut wajah mereka apabila saya berkata,

"Madam tak nak jumpa kamu semua lagi semester depan".

Ini bukan bermakna, saya benci mereka.

Apa yang saya maksudkan adalah, saya tak nak mereka gagal dalam subjek ini dan ambil semula di semester depan.

Kemudian, mereka kembali ceria.

Saya rasa sangat terharu, seorang demi seorang pelajar saya ni...

Datang kepada saya, kami bersalaman dan mereka mendoakan semoga kelahiran tersebut nanti semuanya selamat.

Walaupun mereka bukan seagama dengan kita...

Walaupun tradisi dan kaum kami berbeza...

Mereka sangat menghormati saya...

Sangat jarang saya dilayan sebegitu.

Saya doakan semoga semua pelajar saya, cemerlang dalam subjek Matematik dan subjek-subjek yang lain.













Thursday, 26 June 2014

BANGKIT SEMULA BERSAMA-SAMA SHAKLEE

Assalamualaikum WBT...

Rasanya macam dah lama tak mengarang entry...

So entry kali ni, Fie nak kongsikan kisah sebenar, seorang teman yang pernah kecewa dengan pendapatan bulanan beliau...

Pernah disindir, pernah dipandang sinis, pernah diejek...

Bukan daripada rakan-rakan, tetapi daripada ahli keluarga terdekat sendiri...

Semoga segalanya menjadi ikhtibar dan membuka mata kita semua, di mana kita berada sekarang.

Inilah alkisahnya :


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Dulu saya merupakan seorang Pegawai Bank yang bekerja di bank tempatan. Itu merupakan pekerjaan tetap pertama saya, setelah bergraduasi pada tahun 2010. Gaji basic saya pada masa tersebut adalah RM1800. Dan secara kasarnya, gaji bulanan saya melebihi RM 3000 sebulan.


Bidang tugas saya di bank tersebut adalah sangat mudah iaitu menukarkan matawang asing kepada matawang Malaysia. Maksudnya, jika ada pelanggan, adalah kerja. Kalau takda pelanggan, saya hanya duduk di situ memerhatikan orang lalu lalang. Oh ya, lupa nak bagitau, walaupun saya berkerja di bank, tetapi lokasi kami adalah di lapangan terbang. So, ramai la orang lalu lalang, pergi dan balik. Itu yang saya maksudkan dengan memerhatikan orang kalau takda pelanggan.

Memandangkan kami bertugas di bawah seliaan CCTV, jadi kami tak boleh buat apa2 waktu bertugas. Kami tidak dibenarkan memegang handphone, buku ataupun melakukan tugasan lain di hadapan kaunter.

Apa yang saya dan rakan saya lakukan, kami cari kawasan “Blind spot” dan kami meletakkan laptop di situ, so boleh laa kami menonton movie/ drama sewaktu ketiadaan pelanggan.

Waktu bertugas kami juga sangatlah panjang. Waktu operasi perniagaan kami adalah dari  7.30 pagi hingga 7.30 malam. Bermakna sebagai bertugas di bank, kami perlu buat “opening’ dan ‘closing’ sebelum dan selepas waktu tersebut.

Tambahan pula, bank kami dibuka setiap hari, tidak kira sabtu, ahad mahupun cuti umum. Memandangkan staf di situ hanya 3 orang, dan 2 orang yang bekerja pada satu masa, sekiranya seorang bercuti, terpaksalah salah seorang mengambil alih dan menggantikan. Maksudnya, hari off kami telah terganggu. So masa bersama keluarga amatlah terhad.

Semasa saya bekerja disana, gaji yang saya peroleh saya akan bahagikan kepada 3 bahagian, 1 untuk diagih2kan kepada ahli keluarga, 1 untuk simpanan sendiri dan 1 untuk belanja diri sendiri.

Semasa saya bertugas disana, saya bertekad untuk membeli kereta. Kereta impian saya ketika itu adalah Honda City ataupun Toyota Vios. Saya bercadang untuk bayar “down payment” sebanyak RM10,000 untuk kereta yang akan saya beli. So, dengan 1 bahagian saya simpan, saya akan tunggu sehingga RM10,000. Namun, kadang2 ada beberapa bulan saya tidak menyimpan terutamanya di waktu kecemasan ataupun perayaan.




********************************************************************


Sebelum simpanan saya mencecah RM 10,000, saya telah ditawarkan ke tempat kerja lain, iaitu sebagai Pensyarah di salah sebuah kolej swasta dimana tempat saya bertugas sekarang.. Di sini, saya telah ditawarkan gaji sebanyak RM 1450 dan secara kasarnya gaji saya adalah RM 1600 sebulan. Sangat kurang berbanding gaji saya di bank dahulu. Namun waktu bertugas saya adalah waktu pejabat.

Saya juga bertekad setuju untuk terima tawaran ini kerana saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Jadi saya tak kisah lah kalau gaji saya banyak ke tidak, sekurang-kurangnya, saya ada masa terluang di hujung minggu.

Saya masih lagi meneruskan misi membuat simpanan, tetapi sekarang saya hanya mampu membuat simpanan separuh daripada sebelumnya. Tetapi malangnya sekarang, saya gagal untuk memberikan wang kepada ahli keluarga terutama kepada ibu dan ayah.

Selepas beberapa bulan saya bekerja di sini, ahli keluarga pasangan saya (iaitu suami saya sekarang) bercadang untuk menghantar rombongan untuk meminang saya. Dan akhirnya, saya dan pasangan setuju untuk bernikah pada tahun tersebut juga. Ini bermakna, saya terpaksa menangguhkan lagi perancangan saya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master.

Kali ini, semestinya duit simpanan saya akan digunakan untuk membuat persediaan untuk majlis perkahwinan nanti. Ini bermakna, saya haruslah mula mengikat segala2 nafsu belanja sebagai seorang wanita.

Sepanjang tempoh persediaan perkahwinan juga saya melalui pelbagai dugaan. Saya pernah disindir oleh adik saya sendiri, dimana sampai sekarang saya menggunakan kereta keluarga untuk pergi ke tempat kerja dan menguruskan perihal perkahwinan. Dia juga menyatakan “Dah bertahun2 kerja, tak mampu nak beli kereta sendiri lagi ker?”

" Kalau kau kerja di bank, sekarang, kau dah ada rumah sendiri, kereta sendiri"

Saya juga pernah mendapat sindiran daripada ahli keluarga yang lain seperti, “Alaaa, gaji pensyarah, takkan tak mampu nak buat itu ini, beli itu ini”. 

Pada waktu tersebut, saya hanya dapat bersabar dan apabila bersendirian saya akan menangis seorang diri.

Kadang-kala saya menyesal kerana berhenti bekerja di bank dahulu. Cuma pada masa itu, apa yang saya fikirkan, “Mungkin saya dah melakukan sesuatu yang Allah tak suka, Dia tarik balik semua kesenangan yang telah diberikan kepada saya”.

Sebagai seorang pengantin, semestinya, terutamanya perempuan, menginginkan kulit yang gebu dan pinggang yang ramping. Saya telah mencuba pelbagai produk yang berasingan, penjagaan luar dan dalam. Sekali lagi saya telah mengorbankan perbelanjaan harian saya untuk barangan tersebut.

Sehingga saya terbaca satu artikel mengenai Shaklee, dimana menggunakan hanya satu produk tersebut iaitu ESP, boleh digunakan untuk pelansingan dan penjagaan kulit sekaligus.

So, saya menghubungi SID tersebut untuk membeli ESP daripada beliau.

Setelah saya memberitahu ahli keluarga saya mengenai ESP, ada yang bertanya dan berminat kerana mereka pernah terdengar cerita tentang kebaikan produk Shaklee daripada orang lain. Bukan sahaja pelansingan dan penjagaan kulit, ada juga yang menyatakan penyakit2 tertentu dan bertanya produk Shaklee yang sesuai. Saya pula teruslah menghubungi SID tersebut untuk bertanya lebih lanjut.

Dan akhirnya, ramai ahli keluarga saya meminta pertolongan bagi membeli produk2 tersebut untuk mereka.

Semasa menghubungi SID tersebut bagi membuat tempahan, beliau telah menyatakan bahawa saya hanya perlu menambahkan sedikit sahaja lagi untuk membolehkan saya menjadi Ahli Shaklee secara percuma.

Setelah bertungkus lumus bertanya sana sini, akhirnya, saya “terpaksa” menjadi ahli Shaklee secara percuma tersebut.

****************************************************************************

Mulai saat itu, saya berupaya untuk mencukupkan UV setiap bulan, tak kira lah melalui tempahan orang mahupun simpanan dir sendiri.

Saban hari, ramai yang tahu saya merupakan seorang Shaklee Independent Distributor (SID). Mulai saat itu, saya bertekad, untuk bersungguh2 dalam Shaklee ni.

Saya percaya, satu hari nanti, (target paling lewat Disember 2014) saya akan mendapat sekurang-kurangnya pendapatan 5 angka sebulan. Dan angka ini akan bertambah setiap bulan. Seperti yang telah terjadi kepada Mak Shaklee saya, iaitu sepupu terdekat saya sendiri.

Kalau beliau boleh, kenapa saya tidak.

Kalau orang lain boleh, kenapa tidak saya.

Kalau surirumah pun boleh dapat income 5-6 angka bersama Shaklee, kenapa saya tak boleh.

***************************************************************************

Alhamdulillah, saya telah ditemukan dengan Group, Mentor2 dan rakan2 Shaklee yang hebat. Yang sentiasa positif, yang sentiasa merendah diri, dan paling utamanya, yang sentiasa meletakkan Allah di #1...

Segala tunjuk ajar yang mereka telah berikan memang amat menyentuh hati saya.

Semuanya telah terhidang, apa yang perlu saya lakukan hanyalah, ikut.. ikut.. ikut.. dan duplicate...

InsyaAllah, saya akan berjaya seperti mereka..

Saya rasa, kalau saya masih lagi bekerja di bank tersebut, saya akan masih lagi dalam comfort zone... 

Saya tak akan nampak jalan keluar daripada situ...

Syukur Alhamdulillah, Allah telah memberi jalan untuk saya lebih berusaha dan akan berjaya suatu hari nanti...

Aamiin....
            
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah cerita sahabat saya ini...

Sangat terkilan kerana orang terdekat turut sama menjatuhkan beliau...

Semoga dia terus tabah dan istiqamah serta lebih gigih berusaha untuk meningkatkan pendapatan diri, dan dapat membantu orang lain...

Saya juga pernah bertanya, macam mana dia boleh bangkit begini...


Jawapannya adalah,

Mak Shaklee beliau, yang merupakan sepupu dia sendiri, menjadi sumber kekuatan...

Dan juga dia telah membaca ebook kejayaan seorang jurutera yang sanggup berhenti kerja kerana terbuka hati untuk membuat bisness Shaklee ini...





 
Ebook yang telah membuka mata orang ramai untuk berjinak2 dalam dunia bisnes bagi membantu meningkat taraf hidup masing-masing...

MasyaAllah, kuatnya aura sekelilingnya...

Saya juga mendoakan diri sahabat dan saya sendiri, lebih berjaya di masa akan datang...

Sentiasa Sihat, Kaya dan Berjaya bersama-sama Shaklee

Wassalam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...