Pages

Tuesday, 4 September 2018

Kursus Berpantang 2018

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hai semua. Saya ada berita gembira untuk semua.

Terutamanya, sesiapa yang berniat dah adakan spa atas nama sendiri tu.

Ok, last month, founder TWB kami, Master Ainul ada buat satu announcement, dimana spa TWB  akan bertambah satu lagi module, iaitu module PAKEJ BERPANTANG.


Kita lihat sahaja hari ini, kebanyakan ibu-ibu muda, selepas bersalin mereka akan mencari Confinement Lady (CL) untuk menjaga dan membantu mereka semasa berpantang. Ibu muda sekarang, lebih cenderung untuk berpantang di bandar berbanding di kampung. Ini adalah disebabkan, mereka kebanyakannya tidak mahu balik ke kampung, meninggalkan anak-anak yang lain, hanya bersama suami mereka. Suami pun, bukan nya dapat nak cuti sepanjang tempoh mereka berpantang, dan juga anak-anak yang lain juga turut bersekolah. Anda setuju dengan pendapat saya?


Kadang-kadang, ibu mereka dari kampung, diajak tinggal bersama di bandar, untuk membantu mereka dalam tempoh berpantang tersebut. Bagi ibu yang bersetuju, Alhamdulillah. Tapi kebanyakan ibu itu sendiri, tidak tahan meninggalkan kampung halaman dengan lebih lama, kerana mereka asyik memikirkan kebun tanaman dan haiwan peliharaan di kampung. So berapa lama ibu kita akan tinggal dengan ibu muda ini dalam tempoh berpantang?

Selai itu juga, ibu kepada ibu muda ini zaman sekarang juga masih bekerja. Mana tidaknya, di Malaysia sahaja, umur persaraan sudah naik sehingga 60 tahun. So, bila kita bersalin dan berpantang, ibu kita pula asyik dengan tugas di tempat kerja. Takkan kita nak beliau berhenti kerja untuk menjaga kita dalam tempoh berpantang tersebut kan?


Yes, ada sesetengah ibu sanggup untuk menjaga anak nya berpantang. Tapi adakah ibu cukup sihat untuk menjaga dan membantu menguruskan kita semasa berpantang? Larat ke mereka, nak pakaikan bekung, masak makanan berpantang, dan mandikan bayi baru lahir?


So, oleh disebabkan reasons tersebut lah, maka ramai wanita di luar sana, menjadikan mengambil Kursus Berpantang untuk menjadi CL ini. Mengambil CL dalam tempoh masa kita berpantang telah menjadi trend pada masa kini. Tanya sahaja Mr. Google mengenai CL dan pakej berpantang, hampir seluruh negara ada jawapannya.

Dalam berpantang, perkara harus dilakukan adalah seperti berikut :

  • Urutan bersalin 
  • Lulur dan scrub
  • Bertangas
  • Mandi sauna
  • Mandian herba
  • Bertungku
  • Memakai bengkung, param dan pilis

URUTAN SELEPAS BERSALIN
melancarkan peredaran darah dan menajdikan seluruh badan rasa ringan dan selesa

BENGKUNG
melindugi organ dalaman, dan membolehkan rahin cepat kecut dan mengetatkan bahagian perut yang menggeleber



TUNGKU
mengecutkan rahim, memecahkan lemak dan mengembalikan tubuh badan kepada asal

LULUR & SCRUB
menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah, menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan

PARAM & PILIS
menghaluskan dan melicinkan kulit, mengelakkan badan masuk angin dan mengurangkan panas di kepala

TANGAS
mengecutkan bengkak disebabkan proses bersalin serta merawat bahagian intim wanita



MANDI HERBA
menyegarkan badan, mengatasi masalah kebas, melancarkan peredaran darah, membuang angin, melembutkan urat saraf, mengurangkan sengal tulang, sendi dan otot


So, bagi ibu berpantang, adakah anda rasa, anda yakin dapat melakukan semua ini bersendirian?


Dalam pakej berpantang juga, CL bukan sahaja fokus kepada ibu berpantang, mereka juga membantu dalam menyediakan makanan berpantang ibu. CL juga membantu memberi mandi, membuat urutan dan tungku kepada bayi.

Ada juga pakej berpantang yang extraordianary punya task, seperti mengemas rumah, mencuci pakaian ibu dan bayi, menjaga bayi, dan membantu menguruskan anak-anak yang lain.

Pakej berpantang yang saya nyatakan tadi, harganya bermula dari RM1500 untuk seminggu.

Wowww, itu sejumlah wang yang kita keluarkan untuk berpantang.


Cuba bayangkan, jika kita sendiri yang menjadi CL, mungkin kita juga mendapat sejumlah wang yang sama. Hihihi.


So, dalam kebanyakan aktiviti berpantang, saya suka untuk tekankan mengenai urutan selepas bersalin. Antara kepentingan urutan selepas bersalin adalah seperti :
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengeluarkan darah kotor
  • Mengeluarkan angin dalam badan
  • Mengecutkan rahim
  • Menyegarkan badan
  • Membantu merangsang sel-sel susu supaya lancar

Dalam Shaklee, terdapat juga SET HAMIL dan SET BERPANTANG, untuk penjagaan daripada dalam. Yang bestnya, set hamil dan set berpantang daripada Shaklee ini adalah dari vitamin yang hampir sama keseluruhannya, cuma berbeza dalam 1 or 2 item sahaja. So, tiada istilah pembaziran dalam konteks ini, kerana jika tidak sempat habis makan vitamin semasa mengandung, boleh continue vitamin yang sama semasa berpantang.

Jika habis berpantang, vitamin tu tak habis juga? Boleh continue untuk menyusu dan makanan harian kita.

Saya pernah ceritakan mengenai vitamin SET HAMIL, BERPANTANG DAN MENYUSU. Jemput baca ya !


So, selepas membaca perkongsian saya ni, adakah anda juga ingin menjadi seorang Confinement Lady?

Jika jawapan anda YA, jangan segan dan silu hubungi 
FIFIE, 0135703137

No comments:

Post a Comment