Pages

Monday, 14 May 2018

Kerjaya Bersama TWB

Assalamualaikum pembaca pembaca yang dihormati dan disayangi sekalian. Diharap semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya.

Jom kita imbas balik masa zaman sekolah dahulu. 
Bila cikgu tanya, "Apa cita-cita kamu bila dah besar nanti?".

Kebanyakan kita akan senaraikan,
Cikgu, Peguam, Doktor, Akauntan dan sebagai nya.



Yes, ada dikalangan kita pada hari ini, telah berjaya memperoleh kerjaya yang diimpikan.

Sedarkah kita, kadang kadang, kerjaya impian itu akan berubah dari semasa ke semasa. Ini adalah disebabkan pengaruh pasaran kerja dan keadaan ekonomi sekeliling. Kerjaya yang diimpikan juga boleh memusnahkan, jika tidak tahu alur dan ilmu yang betul.

Di TWB, pelbagai latar belakang kerjaya yang ada.

Ada yang nurse, pensyarah, engineer, student, cikgu, kerani dan even doktor sekalipun ada dalam senarai beautician TWB.

Haaaaa, bukan calang calang orang yang dalam keluarga besar TWB ni.

Kombinasi daripada kerjaya yang famous diluar sana, TWB telah menyatukan kesemuanya menjadi satu kerjaya yang sama, iaitu BEAUTICIAN DAN PEMILIK SPA.



Bermula dengan kursus spa TWB, kami menjadi seorang BUSINESSWOMAN yang memiliki SPA dengan nama sendiri. Kerjaya ini memang tidak pernah terlintas dalam fikiran saya. Even, untuk berniaga pun memang saya tak pernah buat masa sekolah dulu.



Sebagai pemilik spa, selain daripada kerjaya sebagai BUSINESSWOMAN, kami juga telah menjadi seorang BEAUTICIAN. Dengan ini, kami dapat memuaskan hati orang lain setelah mendapat servis terbaik daripada kami. Kerjaya sebagai beautician TWB juga memberi peluang kepada kami agar menasihati semua agar mementingkan kesihatan dan kecantikan diri sendiri.

Dalam pada yang sama, kerjaya yang terhasil daripada kursus spa TWB adalah sebagai PENASIHAT DAN MENTOR. Ini adalah hasil daripada support group ahli TWB. Setiap daripada kami adalah penasihat kepada yang lain, dimana kami berkongsi pengalaman atau ilmu yang kami perolehi sesama sendiri. Jika seorang rasa down, kami semua akan membantu menaikkan semangat dan tunjuk ajar buat yang lain. Di sini lah fungsi utama kita perlu ada mentor dan penasihat.



Selain memberi nasihat dan tunjuk ajar sesama ahli TWB, kami juga menjadi penasihat kepada customer untuk mengambil supplement yang sesuai dengan gaya hidup dan tahap kesihatan mereka.

Dengan spa TWB juga, kami boleh menjadi seorang PENULIS. Yelah kan, dengan menggunakan blog, FB, IG dan sosial media yang lain untuk mempromosikan spa kami.



Kesimpulannya, dalam tak sedar, selain kerjaya utama ahli TWB menjadi seorang PEMILIK SPA sendiri, kami juga menjadi PENASIHAT dan MENTOR buat orang orang sekeliling. Memiliki HOME AND MOBILE SPA sendiri juga adalah kerjaya yang sangat utuh, kerana sepanjang masa, orang akan sentiasa mencari penjagaan luaran dan dalaman.




MASIH TERCARI-CARI KERJAYA ANDA?
HUBUNGI FIFIE, 013 570 3137 UNTUK BERTANYA




No comments:

Post a Comment