Assalamualaikum... Salam sejahtera...
Salam 1 Malaysia... Buat pembaca setia blog.
Anda semua apa khabar?
Saya doakan anda sentiasa sihat di bawah lembayung keberkatan daripada Allah SWT.
Minggu lepas saya baru sahaja balik dari Kuala Lumpur menghadiri Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dengan Dr. Azizan Osman.
Saya menghadiri seminar tersebut bersama-sama suami.
Tetapi, disebalik itu, anak comel saya Muammar Riza dijaga oleh Nek Ki dan Nek Mama nya, serta Udak Syafiqa, dan Usu Shafiq.
Maksud tersirat di sini adalah, mereka pun terbang ke KL bersama-sama kami suami isteri.
Antara aktiviti-aktiviti menarik mereka di sana
Disini, bukan lah saya ingin menceritakan perihal IMKK dan keadaan family saya di sana.
Cuma hari ini, saya ingin berkongsikan tips untuk tenangkan bayi ketika di dalam flight.
Kita amat digalakkan untuk meyusukan si comel sepanjang dalam penerbangan, terutamanya ketika kapal terbang berlepas mahupun mendarat. Kerana, pada waktu ini, perubahan tekanan udara adalah sangat ketara. Pesanan ini juga turut disuarakan oleh mak cik dan mama saya sendiri, ketika Ammar hendak menaiki flight pertama nya dahulu.
Sedangkan kita yang dewasa ini, kadang-kadang sakit telinga disebabkan perubahan tersebut, apatah lagi si comel, yang lebih sensitif daripada orang dewasa. Dan kita digalakkan untuk mengunyah, supaya dapat mengatasi perubahan tekanan udara di gegendang telinga.
Muammar tidak lah meragam atau menangis ketika masuk kapal terbang. Tetapi, apabila kapal terbang ingin berlepas, ketika saya telah merasa degungan di telinga sendiri, saya dapati Muammar mulai gelisah dan tidak selesa.
Jadi, saya terus menyusukan Muammar. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, dia lebih tenang dan tidur sepanjang perjalanan.
Kebaikan penyusuan dalam penerbangan :
1. Membantu menenangkan bayi sepanjang perjalanan.
2. Bayi kita lebih mudah diuruskan.
3. Mengelakkan bayi merasai kesakitan pada telinga akibat perubahan tekanan udara.
4. Mengelakkan bayi meragam dan tidak selesa.
5. Memudahkan ibu-ibu menidurkan bayi ketika dalam perjalanan.
Beberapa tips untuk menyusukan dalam kapal terbang :
1. Pilih tempat duduk yang sesuai semasa pembelian tiket. Sebaiknya, ambil tempat duduk yang boleh menyebabkan ibu selesa untuk bergerak.
2. Pakai baju menyusu atau pakaian yang mesra penyusuan, longgar dan selesa untuk memudahkan penyusuan.
3. Bawa bersama selendang atau menggunakan tudung labuh bagi memelihara aurat sepanjang penyusuan.
4. Susukan si comel anda semasa pesawat ingin berlepas dan mendarat kerana pada waktu ini mungkin bayi berasa kurang selesa.
Tips untuk dewasa dan kanak-kanak yang melebihi 2 tahun :
Pada penerbangan yang lalu, kedua-dua adik saya, Syafiqa dan Shafiq mengalami sakit telinga akibat tidak biasa dengan perubahan udara.
Oleh itu, tips ini telah digunakan mereka, dan boleh digunakan kita sebagai orang dewasa.
1. Kita hendaklah sentiasa mengunyah, makan, atau minum air semasa penerbangan. Ini adalah bertujuan membenarkan pergerakan udara di ruang telinga.
2. Kita hendaklah kerapkan menguap.
3. Elakkan diri tidur semasa pesawat hendak berlepas mahupun mendarat.
Tips tambahan sekiranya bayi anda tidak mahu menyusu :
1. Bawa bersama soft toys atau toys , mahupun bantal dan selimut busuk kegemaran anak-anak.
2. Ibu perlu tenang dalam apa-apa pun situasi, dan mesti mempunyai kehamiran menyanyi lagu-lagu nursery rhymes kegemaran anak-anak. Bagi saya, zikir adalah solusi terbaik.
3. Jika bayi masih meragam atau menangis, bawalah bayi dekat di dalam dakapan anda. Bayi akan berasa lebih selesa dan selamat.
Jadi, ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana, tidak perlu lagi risau untuk membawa si bayi comel menaiki kapal terbang. Ibu-ibu juga tidak perlu risau untuk menyusukan bayi anda dalam pesawat. Kebanyakan syarikat penerbangan adalah mesra penyusuan.
Yang paling penting, ibu hendaklah yakin dan sentiasa tenang. Sebab, bayi boleh merasa keresahan dan perasaan kita. Ini akan mengakibatkan bayi berasa kurang tenang juga.
*******************
Kat Bawah di saya belanja sikit gambar Muammar with Nenek, Udak, Usu berjumpa dengan sepupu di KL serta gambar kami suami isteri di IMKK
Ammar first time jumpa abang Aryan |
Sangat mudah tenangkan Ammar dalam pesawat. Alhamdulillah |
Sekiranya entry kali ini bermanfaat buat anda dan rakan-rakan, sila klik butang LIKE dan SHARE di bawah.
ANDA SEORANG YANG MEMENTINGKAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN?
INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN SEBANYAK 4 - 5 ANGKA SEBULAN?
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Siti Nur-Syafiza binti Ahmad Saifi
Shaklee ID : 1081875
syafifiesyafiza@gmail.com
Shaklee ID : 1081875
syafifiesyafiza@gmail.com
013 - 570 3137 (Call, SMS, WhatsApp, WeChat, Telegram)
No comments:
Post a Comment