Pages

Sunday, 7 September 2014

TRAGEDI DI HARI JADI YANG PERTAMA


Assalamualaikum... Salam Sejahtera, dan Salam 1 Malaysia buat pembaca-pembaca blog sekalian...

Saya doakan anda semua berada di bawah lindungan Allah SWT setiap masa dan sepanjang waktu.


HARI JADI PERTAMA, AMANINA

Jumaat lalu, 5 September 2014 merupakan ulang tahun kelahiran yang pertama bagi anak sepupu saya, Dayang Amanina binti Awang Azizi nama diberi.

Memandangkan hari jadi dia jatuh pada hari Jumaat, maka keluarganya merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi pada keesokannya, hari Sabtu, 6 September 2014.



Segala perancangan telah diatur sebaik-baiknya.

Bahan-bahan masakan juga telah disediakan.




TUKANG MASAK YANG HEBAT

Untuk makluman semua, mereka tidak menggunakan perkhidmatan katering, kerana nenek si baby Amanina (diberi nama Cik Timah) ini seorang yang pandai dan kreatif dalam masakan.

Sememangnya, kelazatan makanan Cik Timah tidak dapat dinafikan.

Antara menu untuk sambutan hari jadi Amanina, adalah bihun belacan, sup tulang, macaroni goreng, shapard pie, truffle dan puding oreo.

Saya dimaklumkan Cik Timah bangun seawal jam 3 pagi memulakan aktiviti memasaknya.

Dan lebih kurang jam 1 petang, semua masakan telah siap dimasak dan tersedia.


KEJUTAN APAKAH INI?

Tepat jam 1.55 petang, melalui group Whatsapp keluarga kami, mama kepada Amanina, memaklumkan bahawa majlis ditunda.

Kami semua terkejut dan bertanyakan itu ini.

Tetapi tiada jawapan tepat yang kami terima, menyebabkan sepupu saya yang lain tidak puas hati dan marah.

Akhirnya setelah dipaksa, anak bongsu Cik Timah, Kak Ani, memaklumkan bahawa Cik Timah mengadu sakit dada dan terus dibawa ke hospital yang berdekatan.


Kami pada waktu tersebut telahpun bersiap-siap untuk menghadiri majlis hari jadi Amanina yang dijadualkan pada 3 petang.

Sesampai di rumah tersebut, saya dan sepupu yang lain ditinggalkan untuk menjaga anak-anak kecil dan para ibubapa pula bergegas ke hospital.

Suasana di rumah tersebut menjadi suram dan pilu.

Walaupun kami yang ditinggalkan di rumah makan hidangan yang telah disediakan, tetapi mengenangkan Cik Timah, dan ibu-ibu yang lain berada di hospital menyebabkan selera kami hilang.


Kami hanya memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain-main dan berlari-lari.

Amanina hanya tersenyum walaupun tidak memahami apa yang terjadi



Kanak-kanak... apalah yang mereka faham.

Saya berborak dengan Kak Ana, mama baby Amanina.

Kak Ana menunjukkan baju gown yang sepatutnya digunakan Amanina dan kakaknya di majlis hari jadi tersebut.



Kak Ana juga menunjukkan dua biji kek hari jadi yang sepatutnya dipotong oleh Amanina.

Saya juga terpandang hadiah yang diterima Amanina semalam.



Hati semakin sebak.

Sepatutnya kami bergembira menyambut hari jadi pertama Amanina, tetapi sebaliknya yang berlaku.



PARTI HARI JADI DI HOSPITAL

Kami hanya menanti berita semasa melalui Whatsapp.

Pada masa yang sama, kami menyediakan keperluan Cik Timah untuk berada di hospital.

Kot-kot dia akan dimasukkan ke dalam wad.

Lagipun menurut ibu-ibu yang berada di hospital, ia mengambil masa yang sangat lama menanti giliran dirawat di hospital tersebut.

Menyebabkan kami semakin risau dan bingung.

Keadaan Cik Timah sepanjang berada di hospital

Lebih kurang jam 9 malam, 

Sebahagian daripada para ibu kembali ke rumah tersebut, dan memaklumkan Cik Timah hanya tidur sepanjang di hospital.


Saya dan adik-adik pun kembali ke rumah sendiri, memandangkan hari hampir lewat malam ditambah pula dengan keadaan hujan yang sangat lebat.


Tepat jam 11.30 malam, kami dimaklumkan bahawa Cik Timah tidak dimasukkan ke wad sebaliknya dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.



DOKTOR : DIA NI MABUK UBAT

Menurut doktor, Cik Timah "mabuk ubat"

Kami dimaklumkan sepanjang seminggu ini, Cik Timah mengalami demam setelah kembali bercuti di Kota Kinabalu.

Dan belum pulih sepenuhnya daripada demam, dia sangat beriya-iya untuk membuat persiapan hari jadi Amanina, walaupun telah berkali-kali dihalang oleh Kak Ana,

So, untuk mengelakkan demam tersebut berlarutan, dia mungkin telah mengambil ubat demam secara berlebihan, dan juga mengambil ubat-ubatan yang lain sekaligus untuk berasa lebih bertenaga.


AMBILLAH VITAMIN DAN UBAT PADA MASA YANGTELAH DITETAPKAN

Pagi tadi pula kami telah pergi ke rumah Cik Timah untuk melawatnya.

Dia nampaknya lebih bertenaga dan cergas.

Alhamdulillah, semoga selepas mempunyai rehat yang cukup, Cik Timah akan pulih sepenuhnya.

Dan mempunyai kesihatan yang menyeluruh dan baik setiap masa.



AMANINA meniup kek hari jadinya hari ini

Dayang Amanina binti Awang Azizi



Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada orang lain, patuhilah masa yang telah ditetapkan untuk mengambil ubat-ubatan mahupun vitamin.



~Wassalam~

Friday, 5 September 2014

PENYERAHAN TUGAS SEORANG PENSYARAH

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, ini merupakan entry pertama saya dalam bulan September.


Mulai minggu ini, saya agak free sikit, sebab saya dah direhatkan untuk mengajar.

So sekarang ni, saya just fokus untuk siapkan kerja-kerja di office untuk diserahkan kepada pengganti saya.

Perlu habiskan semua tugasan bagi separuh semester ke-2 ni.

Perlu siapkan soalan kuiz.
Perlu siapkan soalan latihan.
Perlu siapkan soalan peperiksaan akhir.

-----------------------------------------

Opssss, ada yang tertanya-tanya ye apa kerja saya???

Hihihih.

Saya merupakan seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di Kuching.
Dan saya pula mengajar subjek Matematik.



Kolej kami ni menawarkan beberapa jurusan seperti Pengurusan Pertanian (Plantation Management), Kejuruteraan (Engineering), Jahitan (Tailoring), Jururawat (Nursing) dan juga Information Technology.


Dan kesemua jurusan ini, mengambil sekurang-kurangnya 1 subjek Matematik sepanjang pengajian, kecuali Jurusan Jahitan dan Jururawat.


Ehhh...ehh... kenapa nak perlu serahkan tugasan bagai?

Kerana saya tengah menghitung hari untuk menanti kehadiran seorang insan yang bertuah yang telah dikurniakan Allah untuk berjuang bersama kami suami isteri.

Hihih.

In shaa Allah


-----------------------------------------

Berbalik kepada penyerahan tugas saya kepada pensyarah sambilan yang baru.


Saya sebenarnya berasa sangat berat hati.


Ini adalah kerana, saya belum sempat mengenali setiap pelajar saya pada semester ini.
Saya hanya bersama-sama mereka lebih kurang sebulan lebih sahaja.


Even nama mereka pun saya tak sempat ingat semua lagi.


Mereka dalam satu kelas mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama menyebabkan saya sukar untuk mengingati nama-nama mereka.


Kerana, selain daripada nama mereka yang susah untuk disebut, ada yang muka macam Cina, tapi nama Iban...


Ada yang muka Melayu, tapi berbangsa Melanau...


Ini yang menyebabkan saya keliru.

Hihihihi. boleh pulak yerr seorang pensyarah tidak mengingati anak-anak didik nya.


Antara kaum-kaum yang terdapat di Sarawak


Selain itu, untuk serahkan mereka kepada "orang baru" menyebabkan mereka akan mengambil masa untuk mencapai keserasian antara satu sama lain.

Ini akan menganggu kosentrasi mereka dalam kelas.

Mungkin cara pengajaran dan pembelajaran berbeza bagi setiap orang...


Tak palah, saya sangat yakin, kedua-dua pihak, samada pensyarah sambilan tersebut  mahupun pelajar saya akan bekerjasama dengan sangat baik.


Minggu lepas, minggu terakhir bulan Ogos, apabila saya masuk ke satu kelas ni.

Saya ada meninggalkan beberapa pesanan kepada mereka, dan yang paling ketara terjelas kekecewaan di raut wajah mereka apabila saya berkata,

"Madam tak nak jumpa kamu semua lagi semester depan".

Ini bukan bermakna, saya benci mereka.

Apa yang saya maksudkan adalah, saya tak nak mereka gagal dalam subjek ini dan ambil semula di semester depan.

Kemudian, mereka kembali ceria.

Saya rasa sangat terharu, seorang demi seorang pelajar saya ni...

Datang kepada saya, kami bersalaman dan mereka mendoakan semoga kelahiran tersebut nanti semuanya selamat.

Walaupun mereka bukan seagama dengan kita...

Walaupun tradisi dan kaum kami berbeza...

Mereka sangat menghormati saya...

Sangat jarang saya dilayan sebegitu.

Saya doakan semoga semua pelajar saya, cemerlang dalam subjek Matematik dan subjek-subjek yang lain.